Salah satu ciri autisme ialah mempunyai obsesi pada sesuatu.
Obsesi = Minat = Kesukaan
Obsesi = Minat = Kesukaan
Obsesi mereka biasanya agak ekstrem. Oleh itu, mereka perlu dilatih untuk mengawal obsesi tersebut. Kita juga boleh memanipulasi bahan/perkara obsesi mereka secara positif.
Gunakan obsesi mereka untuk mengajar mereka pelbagai perkara, khususnya melatih mereka berdikari. Obsesi boleh dijadikan sebagai reward atau juga dijana untuk menjadi sumber pendapatan (bila mereka dewasa).
Sepertimana individu tipikal (bukan autisme), obsesi individu autisme adalah pelbagai. Ada yang obses pada objek seperti buku, bola, patung dinasour, gajet, tali atau dawai. Ada yang terlalu suka melukis, mengira, memasak, obses pada angka, abjad atau visual-visual tertentu. Ada yang gemarkan muzik, bermain alat muzik tertentu atau obses pada lagu/rancangan TV.
Apa pun obsesi mereka, selagi ianya terkawal, tidak mengganggu orang lain mahupun menjejaskan diri mereka, saya fikir ia tak patut dihalang. Melakukan perkara yang mereka suka/minat boleh memberi ketenangan dan kelapangan fikiran. Bagaimanapun, macam saya katakan, obsesi perlu ada hadnya. Individu autisme cenderung untuk 'tenggelam' di dalam 'dunia' mereka sendiri jika dibiarkan terlalu sibuk dengan obsesi mereka. Kesimpulannya, layan obsesi seperti hobi, dilakukan dalam keadaan relaks dan tidak keterlaluan.
Obsesi abang? Ada yang bermusim. Ada yang kekal. Nak baca obsesi-obsesinya sejak dulu, klik SINI. Salah satu obsesinya sekarang ialah melihat skrin TV di kedai elektrik. Lokasi kegemarannya; Kedai Elektrik SenHeng, Jusco.
"Nak pergi Jusco. Nak TV!"
Itulah skripnya hampir setiap hari. Asalkan hujung minggu, dia akan sebut skrip ini lagi dan lagi. Kadang-kadang kami ikutkan. Kadang-kadang tak. Alhamdulillah, dia faham. Yang pasti, kalau ke Jusco, kedai elektrik ini memang lokasi wajib, walaupun sekadar singgah 5 minit :)
.jpg)
.jpg)



No comments:
Post a Comment