May 7, 2013

Kisah adik beradik

Semalam, di suatu petang..

"Ma, dulu-dulu ma ada berapa orang adik beradik?"
"Dulu?? Sampai sekarang ma ada 6 orang adik beradik."
"Enam?!' (dengan nada separuh menjerit)
(Tercengang dan hairan kerana adik terkejut. Dia selalu jumpa pakcik makciknya yang seramai 5 orang lagi itu, mungkin dia tak pernah kira haha).

"Ramainya! "
"Ye la ramai. 6 orang. Ada orang lain lagi ramai adik beradik dia.."
"Best-nya!" (masih muka terkejut)

Tiba-tiba kakak menyampuk,

"Habis tu ramai-ramai semua tidur dengan MakTuk ke?"
"Haishhh! mana muat semua nak tidur dengan MakTuk. Mak tido dengan mokde, makcik..." (tak sempat saya habiskan ayat)
"Best-nya! Boleh borak-borak.."
"Ya...boleh borak-borak..kadang-kadang sampai pagi. hehe" 
"Mak, mokde dengan makcik memang kuat borak...cerita tak pernah habis!"

Tahu takpe ;p

Memang betul lah apa yang kakak cakap tu. Kami 3 beradik perempuan memang tak pernah 'kering' cerita. Dengan adik beradik lelaki saya yang lain pun, saya rapat juga. Cuma, dengan adik-adik perempuan, bonding-nya lebih sikit. hehe


"Adik pun nak enam!" hahaha

I don't have six children. But at least, I already have three. Alhamdulillah.






No comments: