May 2, 2013

Gelak ketawa


imej google


Saya mengajar tuisyen English dan Matematik untuk pelajar sekolah rendah. Tahun ini, saya hanya ambil dua murid sahaja. 

Walaupun hanya dua orang murid, kelas saya sentiasa meriah. Campur tolak anak-anak saya sendiri, anak murid saya sejumlah 5 orang semuanya. I'm a happy teacher. hehe

Kelas saya santai-santai sahaja.  Fokus belajar tapi fleksibel. 

ok. Dalam kelas yang lalu, semasa membuat soalan pemahaman English;

Saya: Ok, what is the meaning of 'butcher'?
Murid M: tukang gunting rambut teacher!
Saya: Hah?! saya tersenyum kelat (menahan gelak dalam hati hehe) 

Soalan seterusnya..

Saya: Do you what 'down to earth' means?
Murid M: Yes teacher, jatuh ke bumi!
Saya: Haha (tak mampu tahan gelak lagi)

Dah puas gelak, harus la saya bagitahu jawapan. hehe

Oh ya, nak tahu makna perkataan atau frasa di atas, klik sini ---> thefreedictionary.com
Nak tahu cara menyebut perkataan (English pronounciation) ---> howjsay.com




No comments: