May 1, 2013

Simpan buat Kenangan


Saja nak kongsi, semalam saya mengemas bilik, terjumpa set flash cards abang. Saya tengok satu persatu. Mulanya saya macam nak get rid kad-kad ni. Tapi saya belek lagi dan lagi.

Kadnya masih elok, walaupun ada yang hampir 'lunyai'. Cuma, ia penuh contengan dan lakaran. Scribble sana sini. Semuanya hasil tangan abang.

(flashback)
Dulu, beliau selalu duduk belek kad-kad ini berjam-jam. Sambil membelek, sambil menyebut huruf dan perkataan sorang-sorang. Sambil dia menconteng dan melukis sesuka hati dengan sebatang pen di tangan. 

Hmm, kad ini sudah sekurang-kurangnya 5 tahun dalam simpanan saya. Tahun ini, abang sudah 10 tahun.  Kad-kad ini menjadi 'mainan'nya semasa berumur 3-4 tahun. Dengan kad-kad ini, dia belajar kenal huruf dan perkataan. Waktu itu juga, dia belajar menyebut perkataannya yang pertama. Belajar pegang pen/pensil, belajar conteng, belajar tulis.

Sentimental. haha Buang?  Saya senyum dan simpan semula di tempatnya. 10 tahun lagi, kad-kad ini akan saya belek lagi dan lagi,  sambil teringat, sambil senyum-senyum :))







dari facebook




No comments: