May 16, 2014

Bila tenang, bila moody



Sejak beberapa hari ni, abang agak kerap buat word search puzzle

Buat dengan rileks dan happy.
Dia baru saja pandai cari sendiri perkataan-perkataan dalam puzzle box tu.
Sebelum ni, beliau selalu stres kalau diajak buat aktiviti word search
Mungkin agak susah untuknya. 
Sukar nak fokus, banyak sangat abjad, bercelaru, pening.

Anak saya bermasalah pembelajaran. Saya faham. Persepsi beliau tak sama dengan persepsi saya. Senang untuk kita, tak bermakna mudah juga untuk dia.

Puas juga saya pujuknya buat word search yang saya print dari internet. Dia hanya akan buat kalau saya beri hint kedudukan perkataan. No guide, abang tak nak buat.

Penat 'memaksa', saya hentikan sekejap aktiviti ni. Hampir dua, tiga bulan juga aktiviti ni di-KIV-kan. Akhirnya, saya cuba pula buat word search puzzle sendiri. Tulisan tangan. Cari perkataan-perkataan yang familiar untuknya.

Apa?
Nama-nama 25 Rasul (dia suka sangat lagu nasyid Raihan yang ini).
 Nama-nama karakter Disney movie, game Ipad, ,nama ahli  keluarga dan banyak lagi.

Surprisingly, dia terus boleh fokus dan cari sendiri setiap perkataan. Wahh :)
So sekarang, dah boleh cari perkataan-perkataan lain; 
haiwan, serangga, nama negeri dan macam-macam lagi. Alhamdulillah

Word search puzzle yang saya beri abang, masih yang  agak senang. Perkataan yang tersembunyi secara melintang dan menegak, insyaAllah takde masalah. Perkataan yang menyerong (diagonal), masih agak susah untuk dia cari. Tahap kesabaran dan fokusnya masih perlu diperbaiki.  Tak apalah, sekurang-kurangnya sekarang dia dah boleh buat aktiviti ini dengan tenang. Babai tantrum. hehe




Oh ya, bercakap pasal tantrum ni, ia datang dan pergi.

Contohnya, cuba anda bezakan keadaan dua tulisan di dalam gambar-gambar ini 
(atas dan bawah).

Mesti boleh teka keadaan abang semasa menulis kan? hehe



Tengok tulisan aje pun dah boleh agak, 
tak payahlah tengok keadaan penulisnya time moody tu. 
Pengsan! hehe




No comments: