May 23, 2014

Buku Sekerap

Buku sekerapp? ..scrap book lahh ;p

Dah lama berangan nak buat buku skrap dengan abang. Tapi, asyik bertangguh. Idea nak buat scrap book ni simple je sebenarnya. Saya tau insyaAllah beliau akan enjoy sesi scrapbook-ing kami sebab...

Dia suka menggunting.
Dia suka menampal.
Dia suka gambar-gambar 'hidup'!

Yang menangguhkan rancangan saya ialah, masa yang perlu untuk dihabiskan mencari dan mengumpul gambar-gambar. Memang banyak gambar kat sekeliling, dalam buku-buku terpakai, majalah, katalog. Tapi satu hal nak selak satu-satu dan cari gambar-gambar yang menepati tema. Cari paling 'cepat' ialah google saja dan print (walaupun tak berapa nak cepat juga sebab kena copy, paste, adjust saiz gambar bagai).

Saya rasa aktiviti ini sangat sesuai untuk peringkat umur dan kemahirannya. Peringkat awal ni, kami buat scrapbook yang simple-simple dulu. Maybe lepas ni boleh print out gambar-gambar percutian keluarga atau apa saja aktiviti yang menarik perhatian abang.

Bagus untuk tambah vocabulary. Bagus untuk rangsang beliau membaca/menulis. Bagus juga untuk mengisi masa lapangnya. 

Konsentrasi 100% dari awal sampai habis aktiviti. Well done abang! Kena la maknya google dan print lebih banyak gambar. huhuhu






Baru siap 3.
Nanti saya nak bind-kan atau masuk fail cantik-cantik.





No comments: