Jul 1, 2014

Bedung baby tua


Pagi Sabtu yang lepas, sedang kami santai-santai baring lepas Subuh...tiba-tiba si abang bersuara;

"Nak balut...nak baaalut!"

"hah? balut? okayy"

...dan saya pun terus 'balut' beliau dengan kain selimut, dibantu oleh adik. Mengekek-ngekek dia ketawa bila kami baringkan dia dalam keadaan 'berbedung' sambil dia berusaha untuk meleraikan balutan selimut tu.

Tak lama lepas tu,

"Nak balut. Nak balut!" dengan intonasi robotiknya seperti biasa, tapi excited lebih sikit. hehe

"Lagi? adoii..ini last okayy!"

Memang bukan yang terakhir, lepas tu dia minta balut 3-4 kali lagi. *tepuk dahi*

Aktiviti balut-membalut atau ala-ala berbedung ni sebenarnya biasa dibuat dalam sesi terapi carakerja (OT). Bila 'dibalut' atau dibedung, ia seperti memberi satu calming effect padanya (rasa seakan-akan dipeluk ketat-ketat). Untuk anak yang hiper, memang aktiviti ni sedikit sebanyak meredakan tahap hipernya. Ya, ia bagus untuk sensori. 


Baca lebih lanjut tentang sensori dan aktiviti-aktiviti berkaitan:

Sensory Processing: Activities & Games
99 Sensory Activities For Any Child

Teringat pulak masa abang kecik-kecik dulu, memang dia lah yang paling lama berbedung. Sehingga umurnya 6-9 bulan pun masih suka berbedung, terutama bila nak tidur.



(gambar google)




4 comments:

Dak-eiza said...

alahai baby nih ke yg berbedung tu...haha
comel jek

syida said...

baby (gambo google) tu memang comel..yg 'baby tua' tu buat-buat comel jek haha

ibuhebat said...

Jarang dengar baby suka kena bedung kan. Baby si Ain pun suka berbedung.. nak tidur nak kena bedung.. dah besar sikit ni baru ok tak bedung. hehe

syida said...

Betul tu yati..mmg ada sesetgh bby yg tak suka bedung. sbb panas kot. tp abil mmg sejak bby suka dibedung. hmmm...