Sebelum menulis entri ini, sengaja saya 'gali' entri-entri terdahulu berkenaan pengalaman anak-anak berpuasa. Entri INI buat saya tersenyum.
Tahun ini, setakat semalam (hari ke-2 berpuasa), abang dan adik sama-sama berpuasa penuh. Saya tak risau sangat dengan adik. Dia sudah mumayyiz, dah boleh bezakan yang mana baik dan buruk, tahu yang mana bersih dan kotor, faham yang mana betul dan salah, insyaAllah.
Abang? Sudah 11 tahun, tapi masih belum mumayyiz. Tapi, disebabkan faktor umurnya yang semakin meningkat, seboleh-bolehnya saya tak mahu abang 'tercicir'. Untung ada adik, boleh train abang sama-sama.
Solat dan puasa. Alhamdulillah, setakat ini abang boleh follow. Belum sempurna, banyak lagi kena polish, but he has come a long way.
Apa yang saya nampak, abang makin faham makna berpuasa. Tak boleh makan dan minum di waktu siang, sehinggalah azan maghrib. Bermula dengan hanya puasa beberapa jam, kemudian separuh hari, kemudian tiga perempat hari dan seterusnya sejak umurnya 7 tahun, saya sangat sangat sangat sangat sangat bersyukur dengan pencapaiannya setakat ini.Saya tahu, abangl dalam 'liga'nya sendiri, competing his own self.
"Nak oreo."
"Nak nasi."
"Pergi makan."
"Nak kfc."
"Tembikai!"
Dialog-dialog ni masih ada. Kadang-kadang dia merengek sambil menangis. Tapi sekejap-sekejap ajelah. Bila saya sebut "kena tunggu azan maghrib", "tak boleh makan sekarang, abang puasa", dia diam sambil buat muka sedih. Kesian..hehe
Kalau dulu, siap bangun ke dapur, buka fridge, cari tin biskut sana sini. Sekarang, dia cuma memerap dalam bilik dan layan diri sendiri. Hari pertama berpuasa, memang kami kawal beliau dengan rapi, walaupun semua tin-tin biskut dah disorokkan. Saya tak plan pun nak suruh dia berpuasa hingga maghrib (pada hari pertama dan kedua), tapi sebab saya tengok dia masih steady walaupun dah melepasi waktu Asar, lebih baik teruskan, betul tak?
Kelmarin, waktu dia lihat saya bungkuskan buah tembikai potong ke dalam bekas untuk dibekalkan pada kakak pun, dia masih tenang. Tak meroyan. hehe (sejuk hati mak sebab tengok self control-nya yang sangat bagus. hehe)

Setakat ni, karenah abang berpuasa sangat manageable. Alhamdulillah
Abang ni jenis tak kisah langsung pasal air. Ada dua botol air masak dalam bilik kami, tapi dia tak heran. Bab minum memang setakat ini, dia takde masalah. Biskut oreo je yang dia 'pantang tengok'.
Satu lagi, saya hanya akan panggil abang ke dapur bila azan maghrib dah berkumandang. Senang. Tak payah lah dia susah-susah nak bersabar tengok makanan depan mata sambil tunggu masuk waktu berbuka puasa. Bagus untuk elakkan 'drama'. hehe

No comments:
Post a Comment