
Dua orang budak comel ni, anak-anak buah saya.
Lain mak, lain ayah. Tapi se-susuan.
Mereka ni sebaya, lahir tahun 2013.
Sekarang, umur mereka dalam lingkungan 13-18 bulan.
Seronok bila ada ramai anak buah.
Lebih-lebih lagi kalau mereka sebaya.
Lebih-lebih lagi kalau mereka sebaya.
Macam kembar, tapi bukan.
Baru-baru ni, K (kiri) dan F (kanan) baru pandai berjalan.
Bila tengok fasa mereka membesar, teringat pada anak-anak saya sendiri.
Daripada hanya tahu terlentang, kemudiang mengiring, meniarap,
Baru-baru ni, K (kiri) dan F (kanan) baru pandai berjalan.
Bila tengok fasa mereka membesar, teringat pada anak-anak saya sendiri.
Daripada hanya tahu terlentang, kemudiang mengiring, meniarap,
merangkak, duduk, berdiri,
berjalan, berlari dan melompat!
MasyaAllah
Kalau anda ada anak kecil dan anda berpeluang mengikuti momen-momen tumbesaran mereka, sesungguhnya ia rezeki.
Kalau anda ada anak kecil dan anda berpeluang mengikuti momen-momen tumbesaran mereka, sesungguhnya ia rezeki.
Ok. Nak cerita tentang merangkak.
Anak-anak saya dulu, hanya adik yang merangkak.
Kakak dan abang,
daripada duduk terus berdiri dan merangkak.
Tak merangkak langsung.
Sebenarnya ada 1001 hikmah dan manfaat di sebalik kebolehan merangkak.
Tak merangkak langsung.
Sebenarnya ada 1001 hikmah dan manfaat di sebalik kebolehan merangkak.
gambar google
Tahukah anda, merangkak boleh mengasah kordinasi tangan dan mata, juga keupayaan untuk fokus?
Tahukah anda, merangkak boleh merangsang kekuatan memori dan membantu sel-sel saraf otak berhubung?
Tahukah anda, merangkak bukan saja membantu menguatkan skil motor kasar, tapi juga bagus untuk merangsang perkembangan skil motor halus (seperti menulis)?
Boleh baca lebih lanjut di SINI.
Galakkan anak-anak anda merangkak.
Bukan saja bagus untuk baby, anak-anak yang berumur 4-6 tahun pun boleh praktikkan.
Ok. Rindu anak-anak buah saya.


2 comments:
comel anak2 buah dia tu
anak buah kite pon ramai yg kecik2
teringat dulu masa OT hadif, tetiap kali kena merangkak :)
merangkak mmg aktiviti 'wajib' kalau OT, kan?
khadijah & fatihah ni geng anak buah yang ter-paling bongsu la setakat ni..mmg comey belaka :)
Post a Comment