Sehingga semalam, saya dan abang masih 'bermata zombie'. Sakit sudah kurang walaupun mata masih 'merenyam'. Fuhh..seksa nak menahan daripada menggaru sesuka hati.
Mata kami berdua masih merah, ala-ala mata vampire pun ye juga. Selain kami, adik dan ayahnya juga sudah jadi ahli terbaru geng mata zombie. haha
Suami saya tak habis-habis 'menangis'. Air mata memang merembes keluar tak henti-henti. Saya pulak tak abis-abis menyakat suami yang dah bermata sepet dan jadi 'pelakon air mata 'sepanjang hari. (mentang-mentang kita dah kena dulu kann)
Adik pun menangis juga. Menangis sedih. Sedih sebab dia terpaksa buka puasa untuk makan ubat yang diberi doktor, selain tak tahan rasa pedih dan tak selesa kerana sakit mata. Saya maafkan dan saya izinkan dia tidak berpuasa sehari dua ni, tapi dia tetap sedih. "Habisla adik..tak dapat puasa penuh 30hari..."
Takpelah dik. Adik kecik lagi. Puasa ikut kemampuan. Pelan-pelan praktis puasa. Kalau dah tak tahan sakit, jangan paksa, ye tak? Kalau nak puasa penuh jugak, moh join mak ganti puasa nanti lepas habis Ramadhan. Amacam? haha
"Drop! nak drop...." abang beritahu saya.
"????" saya pandang adik. Adik pandang saya. Saya blur kejap. Drop? Apakah?
"Abang nak eye drop la ma..." hahahahahaha
Rupa-rupanya nak eye drop. Amboiiiiih, sejak-sejak dah tak takut titis ubat mata ni, abangl dah tak sabar-sabar nak pakai eye drop lagi dan lagi, dah tak boleh tunggu setiap 4 jam sekali.
"Tunggu ya, lagi 3 jam...sekejap lagi, ok."
Apa rahsianya? Sebelum ni, meronta-ronta bagai nak rak bila nak dititiskan ubat mata. Entah! Mungkin bila dah ramai-ramai kena sakit mata dan kena titis eye drop secara berjemaah, dia jadi seronok pulak kot. haha
Yang pastinya, sekarang ni cukup senang nak titiskan ubat mata pada abang. No more struggling. No more shouting. Alhamdulillah.

2 comments:
Pak Lang dgn mak lang xkena plk? Luqman pun kena jugak...mata dia merah2... lama MC...
Ni consider keluarga Nas mata zombie... ;) Semoga semuanya segera sembuh... Abil dah confident, tu yg dia berani mtk kot...
so far mklang & pklang blom kena.harap dorang x kena..Amiin. 2 orang zombie dah hampir pulih...tggl bapak zombie ngan anak bongsu dia je lom baik lg ni ;p
Post a Comment