Sembang-sembang pasal kismis ni, teringat masa kakak kecik-kecik dulu, hari-hari saya akan beri dia minum air rendaman kismis (macam dalam gambar). Mak saya yang share tips ni. Saya rendam dengan air panas selama 1-3 jam saja. Kemudian, bila air rendaman dah mula 'keruh', maknanya ia sudah bersedia untuk diminum. Kismis yang dah 'kembang' direndam tadi, anda boleh 'ngap' terus, jangan dibuang. hehe
Setahun dua jugalah saya beri dia minum air kismis hari-hari. Alhamdulillah, yang jelasnya masa tu, perutnya lawas. Hingga sekarang, memang terbukti air kismis ni bagus untuk otak dan mindanya.
Tapi sekarang, kakak dah tak nak minum air kismis lagi. Yelah, dah minum macam-macam air, yang jauh lebih sedap (walaupun belum tentu berkhasiat). Tapi takpe, sekurang-kurangnya, kakak takde masalah untuk makan kismis begitu sahaja (termasuklah abang dan adik).
Kismis ni buat kudap-kudapan pun sedap kan?
Campur dalam masakan pun boleh. Tapi anak-anak saya tak suka. Kalau ada dalam nasi, mereka asingkan. Kalau ada dalam biskut atau kek pun, akan dibuang juga. Haihhh..
Kismis ni KAYA khasiat dan nutrisi. Bagus untuk minda, ada ciri-ciri antioksida, bagus untuk kesihatan gigi, sumber tenaga dan baik untuk penglihatan.
Nak tahu lebih lanjut tentang kismis, boleh klik SINI dan SINI.

3 comments:
ammar je mmg xmakan makanan mcm tu...picky eater...makin kecik la...
kalau kismis ada dlm nasi, sy make sure sy kaut kismis byk2...ngee
kite pon suke
tp anak2 memang suke taim kecik2 je la, taim derang tak menolak apa pon makanan yang kite bagi
dah besau ni lahaii payah nau
kurma pon sama, mcm suh makan racun jek taknaknye tu huhu
ina, sama la dengan abil..picky eater gak..kak dina & zarif pun ada certain2 food yg dorang memilih, pening mak ;p
dak-eiza, anak2 makin besau mmg makin payah nak suruh makan makanan berkhasiat..adehh..
Post a Comment