Beberapa hari yang lepas, oleh kerana terlalu lapar dan dahaga, adik 'lepak-lepak' di dapur sementara saya dan suami siapkan juadah berbuka puasa. Dengan muka lemau lesu, dia mengeluh, " Lamanya lagi nak bukaaaa..."
"Tak lama dah, lagi 5 minit je..."
Beberapa minit kemudian, "Lamanya 5 minit, macam 3000 minit!"
"Tak lama dah, lagi 5 minit je..."
Beberapa minit kemudian, "Lamanya 5 minit, macam 3000 minit!"
"Allah, tunggu ajelah..dah boleh tahan berjam-jam, tinggal berapa minit pun tak boleh sabar ke? Baik adik doa banyak-banyak dalam hati.." saya beritahu adik.
"Nak mintak apa Ma? Nak doa apa?" dia tanya.
"Mintak la apa-apa yang adik nak..." saya minta dia fikir sendiri.
"Haaa..adik tau, adik nak doakan abang 'sembuh' dari autism!"
Senyum.
dari google

No comments:
Post a Comment