Jul 17, 2014

Sembang-sembang



Setiap kali melihat visual dan video kekejaman zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang dikongsikan di facebook dan instagram. Tak dapat nak digambarkan bagaimana rasanya..

Sangat sangat sangat SEDIH ;'(

Saya jarang berkongsi atau memberi komen terhadap isu ini.  Bagaimanapun, 'berdiam diri' tidak bermakna saya tidak peka. 'Senyap' bukan bermaksud saya tidak prihatin dan tidak memainkan peranan. Setiap perkembangan tentang Palestin saya ikuti. Sebak. Sayu. Marah.

Kadang-kadang saya kongsikan juga hal ini dengan anak-anak. Adik terutamanya, suka bertanya. Bukan susah pun untuk seorang kanak-kanak faham tentang huru-hara yang sedang berlaku.. bahkan mereka sebenarnya lebih terang hati dan telus melihat situasi yang sedang berlaku di Gaza.

Kesengsaraan rakyat Palestin bukan perkara baru. Mood boikot Israel pun bermusim.  

Gaza oh! Gaza...
----------------------------------------------------------------------------

Satu hari, waktu tengahari, lokasi; hipermarket

"Adik, kita beli aiskrim Wall's ni lah, nak vanilla ke, neopolitan?"
"Yang belang-belang tu lah, neopolitan..." (sambil tunjuk ke kotak aiskrim).
"Ma, yang sebelum ni, kita beli aiskrim Nestle kan? Nestle tak boleh beli kan? Kena boikot kan?"
"Aa ah...yang dah habis kt rumah tu Nestle, Israel punya. Tak boleh beli..." (sambil mata melilau tengok aiskrim Nestle). Kemudian, saya membelek tanda harga aiskrim Nestle, tiba-tiba terdetik...

"Hmmm...Nestle murah sikit ni. Jimat hampir 2 ringgit berbanding Wall's". 

Melihat saya diam membelek-belek aiskrim Nestle di sebelah tangan sambil sebelah tangan lagi memegang aiskrim Wall's, adik terus menegur...

"Ma! Beli Wall's, jangan beli Nestle. Nestle jahat!"
"Ooo..ok..ok!" tersentak saya dengan suaranya. Kemudian, malu sendiri. Saya yang lebih dewasa hampir-hampir kalah dengan tawaran harga lebih jimat Nestle dan anak saya yang baru berumur 8 tahun, lebih tegas pendiriannya. 

-----------------------------------------------------------------------------------

Satu hari, pagi (selepas sahur), lokasi; rumah.

Saya nampak adik duduk termenung dengan muka sedihnya, airmata bergenang...

"Ni kenapa menangis pulak ni? Kenapa sedih?"
"Game Dragon story adik, dah tak sama macam dulu. Abang dah tukar-tukar. Dragon adik semua dah kena jual." 

"Alaa..game aje pun. Tak luak apa pun. Dah tak payah menangis."
(Diam. Masih sedih.)
"Adik tau tak, budak-budak dekat Palestin sana, dorang menangis sebab dorang cedera kena pukul..kena bom,  mak ayah dah meninggal dunia, rumah dorang hancur kena bom....kat sini, adik menangis sebab game..malu tak?"
(Pandang muka saya dan menjawab dengan suara yang sangat perlahan) "Maluu.."

Saya terus minta dia kesat air mata dan bersiap untuk ke sekolah.

-----------------------------------------------------------------------------------

Di satu malam, lokasi; rumah.

"Ma tak tido lagi? Ma buat apa tu?"
"Tak buat apa..tengah ber-sms dengan kakak. Kejap lagi nak tidur dah..."
"Ma dah bagitau kakak pasal Gaza? Ma dah suruh kakak doa?"
"Dah..dah...mak dah pesan dah..." (sambil tersenyum)

----------------------------------------------------------------------------------

Di satu petang, lokasi; rumah.

"Ma, adik laparrrr...hausss...tak tahannn.." (dengan muka seposen)
"Kalau panas, pergi mandi, baring..bukak aircond sekejap. Kejap je lagi...adik kuat.
"Tak tahannnn...nak buka..."
"Ingat kat bebudak gaza dik, dorang lagi kesian...berhari-hari tak makan, tak minum. Bom sana-sini..cuba adik bayangkan..." 

---------------------------------------------------------------------------

Bak kata Dr Harlina Halizah Siraj, SILENCE IS NOT AN OPTION!



**semua imej dari google


No comments: