dari google
Surah al-Ma'un. Beliau mendengar dan mengikut kami baca surah ini sejak 5-6minggu yang lepas. Alhamdulillah, sekarang dia dah boleh membaca sendiri dengan agak baik. Cara sebutan masih belum perfect, mungkin sekitar 90% betul bacaannya.
Sewaktu saya mencadangkan kepada suami untuk melatih abang surah Al-Ma'un, dia agak keberatan. "Boleh ke?" dia tanya saya. "InsyaAllah, kita cuba je dulu."
Yang saya suka setiap kali abang belajar membaca surah (biasanya selepas solat berjemaah), dia fokus, nampak sangat berminat. Raut mukanya setiap kali dia berjaya membaca surah, sangat priceless! Senyum, sengih dan ketawa sedikit (seolah-olah menunjukkan dia sangat berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian diri sendiri). Alhamdulillah.
Di peringkat awal, saya kurang pasti samada fokus dan minat ini sudah ada atau tidak.
Kadang-kadang dahi beliau berkerut-kerut atau buat 'muka ketat', terutama bila ayat-ayatnya agak panjang dan agak berbelit-belit, tapi setakat ni, takde insiden 'mengamuk' atau protes semasa belajar menghafaz surah-surah dari juzuk Amma.
Kalau sebelum ini dia suka surah al-Kautsar, sekarang dia asyik mengulang-ulang 3 ayat terakhir dari surah al-Ma'un. Entah kenapa dia berkenan sangat dengan ketiga-tiga penghujung surah ini :)
Sekarang, sudah empat lima hari kami mulakan surah Al-Fiil untuknya. Dari segi pembacaan, baru 30-40%. Kena praktis lagi dan lagi, insyaAllah.

Oh ya, surah Al-Fiil adalah surah kegemaran adik, sebab dia suka dengar cerita tentang tentera bergajah yang dikalahkan oleh burung-burung Ababil.
Baca terjemahan surah Al-Ma'un di SINI.

No comments:
Post a Comment