Nemo?
Abang memang crazy dengan Nemo. Tapi musim meng-google, nyanyi dan hafal skrip-skrip Nemo dah lama berlalu. Tetiba Nemo muncul semula. Semuanya lepas kami berkunjung ke Underwater World Langkawi dua tiga minggu lepas.
Belum habis lagi cerita Langkawi rupanya haha. Lokasi Underwater World Langkawi ni sangat dekat dengan motel tempat kami menginap, Langkapuri Inn. Boleh jalan kaki saja. Ini adalah antara tempat terakhir yang kami berkunjung, sebelum berangkat balik.

"Nak pergi Aquaria! nak pergi Aquaria!" si adik mendesak-desak sebaik saja kami lalu depan kawasan Underwater World, sebelum sampai ke Langkapuri Inn dan skrip ini berulang-ulang kali kedengaran sepanjang kami di sana, sehinggalah akhirnya kami sampai ke sini pada hari terakhir.
Apa yang saya perhatikan, abang lebih fokus melihat ikan-ikan dan spesis-spesis hidupan laut lain di sini, berbanding semasa melihat haiwan-haiwan di Wildlife Park. Bagaimanapun, samada dia khusyuk melihat ikan-ikan atau hidupan air itu sendiri atau menikmati pergerakan air, buih-buih, lampu-lampu dan objek-objek lain di dalam akuarium, tak dapat dipastikan. FYI, individu autisme adalah sangat unik, cara mereka memerhati dan memahami sesuatu, berbeza dari individu tipikal. Yang jelas, beliau sangat tenang di sini.
Semenjak dari trip ini juga, musim obses Nemo kembali. Mungkin dia teringat Nemo selepas tengok ikan-ikan di sini.
Semenjak dari trip ini juga, musim obses Nemo kembali. Mungkin dia teringat Nemo selepas tengok ikan-ikan di sini.
2 comments:
Dah lama tak gi langkawi...teringin jugak nak gi..
pegi wa, jangan tak pegi..sesekali berjimba tepi laut sambil nyoping apa yang patut ;p
Post a Comment