Oct 27, 2014

Main Bowling Berjemaah

Minggu lepas, cuti deepavali.
Kakak dapat balik bermalam dan kami keluar main bowling.
Saya dah LAMA tak main bowling.
Kalau tak silap saya, 
ini  pengalaman pertama untuk adik dan abang.
Rasanya kakak macam pernah main sekali dua sebelum ini.

Rancangan asalnya, hanya suami dan adik saya yang main.
Kami-kami ni, sekadar jadi penonton.
Akhirnya, alang-alang anak-anak saya semua dah berstokin, 
terus sewa kasut untuk semua main.



Mulanya, abang nampak biasa-biasa aje. Rileks. Tenang.
Mungkin dia baru 'kenal' bowling. 

Duduk saja di kerusi, dia terus mahu sarung kasut bowling.
Walaupun suasana agak bising dan agak ramai orang di sekeliling, Beliau ok. 
Tak nampak sebarang tanda dia 'terganggu'. Alhamdulillah.
Mungkin masalah sensorinya sudah bertambah baik. 
Sedikit sebanyak, dia sudah boleh bertoleransi dengan bunyi-bunyian yang agak kuat dan suasana 'meriah'. 

Dia juga sudah boleh menunggu gilirannya dengan sabar. 
Selepas 1-2 round bermain, nampak abang makin seronok.
Makin lama bermain, rasa seronok itu tak dapat disorok-sorok lagi. 
Dia melompat, Dia berpusing-pusing. Senyum. Ketawa.
Memang happy sangatlah :))











Adik dan kakak, macam biasa.
Masing-masing malu sebab tak pandai main. haha


Disebabkan malu, asal nak baling bola, mesti nak berdua. Tak kisahlah, janji bahagia haha




Si abang dapat tunjuk ajar daripada ayahnya.

Bagaimana Abil baling? Dengan caranya tersendiri. 
Dia cuba juga masukkan jari ke dalam lubang-lubang pada bola tu, tapi jari-jarinya tersangkut pulak. 
Langsung bola tu 'tergantung'. haha


Tengoklah tu, dah buat macam 'rumah sendiri'. hehe
Anyways, kiri kanan depan belakang semua orang bising dengan hal masing-masing.
So, kami biarkan abang enjoy sakan, asalkan tak ganggu kawasan orang lain bermain.


Kalau anda nak tahu, walaupun majoriti bola abang masuk 'longkang', dia score juga tau.




Ada potensi untuk bowling jadi regular activity kami ni. hihi

2 comments:

shogun_na said...

budak2 mmg nak sgt main tp as usual...mamanye akan kata...too small for u guys...tggu dah besar nanti kte gie main (walhal, kami laki bini mmg xminat sgt bowling)

Maybe sbb excited pin jatuh kot...entahla... one sweet time... hehehe...Nampak Abil tersenyum gembira....

syida said...

ina, ammar farzana mmg kna tggu besar sket..sbb bolanya berat hehe..zarif ambil pun angkat mcm angkat batu bata haha..kna beli bola sndiri kot(ada ke jual? )

nampak bebudak ni seronok, ayahnya suka la sbb dia giler main bowling.hehe