Nov 1, 2014

Bukan Semuanya Sama

Tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi ke 2015. 

Hari ni nak cerita pasal kucing dan autisme. 

Sepanjang bulan lepas, sana sini (di media sosial), saya lihat ramai yang berkongsi kisah Iris Grace (lihat gambar di bawah) dan kucing comelnya, Thula. Peranan kucing/anjing/haiwan peliharaan lain sebagai 'therapist' kepada anak-anak istimewa, bukan cerita asing. Selalu juga saya baca kisah-kisah sebegini sejak dulu.  Haiwan kesayangan atau pet, menjadi 'penawar' kepada anak autisme (khususnya), apabila mereka memberi stimulasi kepada anak-anak atau individu autisme untuk berkomunikasi dan belajar pelbagai perkara baru, selain membantu mengurangkan simptom-simptom autisme yang negatif seperti tantrum (moody/tunjuk perasaan) dan stimming (sering berkhayal).




(gambar ihsan google)


Bagaimanapun, sepertimana individu-individu tipikal, individu autisme juga berbeza di antara satu sama lain. Of course, mereka ada ciri-ciri persamaan tetapi setiap individu autisme ada personaliti mereka tersendiri.

Kalau Iris Grace sangat serasi bersama Thula, kucingnya, anak saya pula, 'biasa-biasa' aje dengan kucing. Sejak kami membela kucing lebih kurang 4 tahun lalu, bermula dengan Betty (sekarang sudah tiada), kemudian Betto (sudah lebih kurang 3 tahun umurnya) dan ada 6 ekor lagi kucing jalanan yang kami kutip dan bela, sikap Abil terhadap kucing, masih dalam kategori 'biasa-biasa' aje. Dulu-dulu, ada juga nampak dia mengusap-usap atau sesekali bermain dengan Betto, tapi sangat jarang berlaku.  Sekarang, yang saya lihat, dikuis-kuis atau ditolaknya kucing-kucing yang berada di port kegemarannya.

Cinta tak boleh dipaksa. haha

Abang tak minat kucing? Jangan buli atau kacau mana-mana kucing sudahh..

Oh ya, tengoklah tu, beliau dan salah seekor kucing kami, Sammy. Sammy ni kuat 'mengendeng', tapi Abil 'bolayan'. hehe






Baca lagi kisah kucing dan autisme di sini -->  


Abil dan kucing jalanan :)



dari google


No comments: