Nov 8, 2014

Bowling Lagi

...kan dah kata hari tu, ada potensi bowling jadi aktiviti rutin kami. hehe

Tiga hari lepas, kami berjimba lagi.
Seperti biasa, abang paling seronok.


Dia bukannya kisah pun berapa pin yang jatuh, sesekali lepas baling, dia akan tunggu dan tengok berapa pin yang jatuh, Selalunya, dia baling saja, terus pusing belakang dan tunggu giliran seterusnya, sambil tersenyum :)

Adik pulak, mula-mula beliau main dengan muka sedih. Baling bola, masuk longkang. Baling lagi, masuk longkang lagi. Baling sekali lagi, longkanggg juga.haha
 
Kesian adik. Puas juga kami pujuk.


"Main for fun je dik..takpe, cuba lagi."
"Its ok adik. Dulu ma ayah pun bukannya terus pandai main.."
"Fokus dik, fokus..mesti boleh punya..jangan sedih-sedih. Main happy happy je.."


Bagaimanapun, beliau tetap muncung..sehinggalahhh...score 0 bertukar kepada 8 pada cubaan yang terakhir dalam 1st round (kami main dua round). Yes, lapan pin jatuh akhirnya! hahahaha barulah anak mak nak senyum semula.

Masuk round kedua, adik score hampir 30pin. Muncung terus hilang.hehe 
 
Abang? Jangan main-main, walaupun ada bolanya yang masuk longkang..banyak juga pin yang jatuh. Score beliau biasanya dalam 20-30 pin untuk setiap round.

Kali ini, saya perhatikan, cara abang membaling sangat pelbagai. Sekejap baling begini, sekejap begitu.  Seolah-olah dia bereksperimen dengan cara membaling bola bowling yang berlainan. Ada masanya nampak usahanya untuk meniru gaya membaling yang betul. Oh ya, kali ini saya tak sempat rakamkan gaya abang mem-bowling, video terdahulu ada di SINI.

Ada ke saiz kasut bowling untuk kanak-kanak. Eh, ada! Tak percaya tengok kasut adik tu, saiz paling kecik, saiz 1 :)

 



Kali ini, saya main sampai sakit-sakit badan esok harinya. haha penangan bowling.





No comments: