Khamis yang lalu, sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah adik. Meriah, ala-ala mini karnival jom heboh.
Waktu saya jemput dia di sekolah, tiba-tiba nampak adik memegang dua ekor ikan dalam cawan plastik.
"Siapa punya ni?"
"Adik punya lah..orang bagi."
"Siapa nak jaga?"
"Siapa nak jaga?"
"Kenapa? Ma nak suruh adik buang ke ikan ni?"
Saya diam. Tak ada jawapan.
Sampai di rumah, saya bantu adik dan ayahnya cari bekas yang sesuai.
Saya diam. Tak ada jawapan.
Sampai di rumah, saya bantu adik dan ayahnya cari bekas yang sesuai.
"Kawan adik kata, ikan laga tak boleh duduk sama-sama Ma, nanti dia bergaduh, boleh mati."
ok fine. Jumpa dua bekas. Selepas diletakkan anak pokok teratai (ambil dari laman kami), nampak cantik pulak balang ikan tu. Hilang kisah nak buang ikan tu tadi. hehe
Sepanjang hari, entah berapa kali dia menjengah ikan-ikan laganya di bilik kakak. Kenapa bilik kakak? sebab ada rak tinggi dan bilik ini jarang dimasuki oleh kucing-kucing kami .
Esok harinya, dia sibuk mengajak saya bantu dia jemur ikan-ikan laganya di bawah matahari. Dapat info dari google, katanya.
"Ma, ikan-ikan ni boleh besar ke?"

"Entah, cer google."
Jawapan standard orang yang tak tau apa-apa pasal ikan laga. hehe
Beberapa jam kemudian,
Beberapa jam kemudian,
"Ma, nanti ikan ni boleh jadi besar mana?"
Masih soalan yang sama, tapi lain skrip.
"Adik dah tengok kat google, tapi tak ada." Oo patutla asyik tanya saya lagi dan lagi.
"Takpe, nanti kita tanya ayah."
Membela haiwan peliharaan mengajar anak-anak sikap tanggungjawab. Saya setuju sangat. Tengoklah tu, saya perhatikan saja. Bagi makan, cuci balang. Semua dia buat sendiri.

No comments:
Post a Comment