imej google
Doc McStuffins adalah obsesi terbaru anak-anak saya.
Siapa Doc McStuffins? Seorang budak perempuan comel yang boleh 'merawat' dan 'mengubati' mainan-mainannya, dengan bantuan rakan-rakan stuffed animal-nya.
Macamana boleh 'terjebak' dengan Doc McStuffins? Sebelum ini, anak-anak saya (terutamanya adik dan abang) suka menonton channel Disney XD (617). Kartun-kartun animasinya lebih 'dewasa'. Bagaimanapun, oleh kerana abang terlalu rigid dan obses (ciri-ciri autisme) dengan channel Disney XD, suami saya terus block siaran 617 ini.
Bila Disney XD di-block, mereka bertukar kepada channel Disney (615) pula. Sekali lagi, masing-masing 'melekat' dengan channel ini. Tak mahu mengalah kalau orang lain nak menonton channel lain. Grrr...
Akhirnya, siaran 615 juga di-block. haha
Akhirnya, siaran 615 juga di-block. haha
Kali ini, abang bertukar pula kepada channel Disney Junior (613). Bila dua channel sudah di-block, beliau sudah jadi sedikit flexible, boleh beri ruang pada orang lain untuk menonton siaran lain, kecuali ketika Doc McStuffins sedang disiarkan. haha
Oleh kerana anak-anak pegang kuasa 'majoriti' ketika menonton Doc McStuffins, maka saya dan suami mengalah. Lagipun, budak kecik comel (dalam gambar di atas tu) beraksi ala-ala doktor (kakak dan adik pula memang suka berangan jadi doktor, selain mereka juga animal lover). Memang masing-masing khusyuk depan skrin TV kalau menonton Doc McStuffins ni. hehe
FIY, kakak dah 13 tahun. Abang pula dah 11 tahun. Tapi boleh lagi layan cerita animasi untuk kanak-kanak prasekolah ni.
dari YouTube
Di rumah, memang selalu juga mereka nyanyi lagu tema Doc McStuffins ni. Comel lagunya. Patutla abang suka sangat . Oh ya, dalam setiap episod, Doc McStuffins selalu bagi tips kesihatan untuk kanak-kanak.
Doc McStuffins mak boleh layan lagi. Bila keluar Hi-5, harusss la mak tukar channel. haha

2 comments:
nk bagi maryam tgk jugaklah!! :D
haa..bagus2, kak dina pun ckp, kalo maryam tgk doc mcstuffins, sure dia suker!
Post a Comment