Dec 30, 2014

Tambah Lagi Seminggu

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu. (sumber: Berita Harian)

Alhamdulillah. Berita baik untuk mangsa banjir dan kawasan-kawasan yang terlibat. Moga dalam tempoh dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula ini, banjir akan terus surut dan persiapan kembali ke sekolah akan berjalan lancar.

Rezeki juga untuk mereka yang tidak terjejas oleh banjir. Syukur :)

Saya antara yang paling lega kerana, baju sekolah anak belum diseterika lagiiiiii...

Banyak pulak tu yang nak diseterikaaaaaa..

Kalau ikutkan hati, memang nak guna khidmat kedai dobi aje. Tapi memikirkan keperluan untuk berjimat cermat, selain peluang untuk 'sauna' percuma (bagus untuk mengeluarkan peluh dan segala toksin dalam badan), maka redha ajelah.

So, misi iron baju sekolah bermula hari ini! (insyaAllah)

Sementara itu, sempat juga saya kerah si adik menyiapkan buku-buku sekolahnya. Beg dah dibasuh bersih. Saya minta dia cop nama pada semua buku teks dan buku tulis. Saya pula membalut buku-bukunya. Mujur kakak dah pandai balut buku sendiri. Jimat sikit masa dan tenaga mak.hehe

Baru siap beberapa buah buku, fokus adik dah mula lari. Dia bangun, tengok tv, ke meja komputernya, sesekali bermain dengan kucing atau sakat menyakat si kakak. Bila saya jerit panggil namanya untuk menyambung tugasnya, cepat saja dia menjawab, "Tangan adik dah biru!"

Alahaiiiii..tangan mak pun dah lebam mengecop nak oiii..nak patah dah pinggang ni duduk bersila sejam dua. erk~

Ok. Tak boleh banyak complain. Kena kurangkan merungut. 

Apapun, adik hanya bertahan lebih kurang 30-40min. Selebihnya, mak lah yang siapkan. (sabo jelah)



"Kakak dah bosan duduk rumah, tak sabar nak pegi sekolah. Tapi tak nak balik asramaaaaa..."

hahahahaha 

Dah dapat cuti tambahan ni, kita gunakanlah sebaik-baiknya ya :)

Siapkan apa yang patut. Jangan tunggu last minute!

3 comments:

FrauMustaffa said...

advancenya siap pakai cop untuk nama...kena take note untuk anak2 aku nnt..haha :D

syida said...

kitorg buat cop ni since 2yrs ago..jimat masa..xyah susah2 nak tulis..hehe

Jari Manis said...

syukur dgn pengumunan kerajaan penangguhan persekolahan ni susulan benjana banjir di beberapa buah negeri