Pagi tadi,
"Abang nak makan apa, roti canai ke mee goreng?"
"(diam 3 saat) mee goreng. mee goreng!"
Saya ulang soalan yang sama dengan ayat yang berlainan, saya khuatir dia jawab "mee goreng" sebab perkataan itu yang terakhir saya sebut.
"Nak makan apa, mee goreng ke roti canai?"
"(diam lebih kurang 5-8 saat) mee goreng!"
Tanda seru (!) tu bukan menggambarkan jawapannya yang penuh excited. Tidak. Tone suara anak autisme saya ni memang begitu bila bercakap. Suaranya biasanya naik sedikit di penghujung dialog. Gaya beliau bercakap, monotonous, ala-ala robotik gitu.
"Abang nak minum apa, nak teh o ke milo?"
"Milo." (terus jawab, tak ada pause langsung)
Seperti biasa, saya kurang yakin dengan jawapannya. Lalu saya ulang soalan..
"Abang nak air apa, milo ke (pause 2 saat), teh o?"
"(diam 2-3saat) nak teh o!"
Haa...kan dah jawab lain pulak haha. Tapi saya malas nak ulang banyak kali. Nanti dia stres, saya pun stres. Abang tak berapa gemar bercakap dan berbual. Sebenarnya, ia sesuatu yang agak mencabar untuknya. So, kita yang diberi kemudahan dan kebolehan untuk bercakap dan berbual dengan lancar ni, mari lah bersyukur :)
Oh, take note ya, apabila berinteraksi dengan anak istimewa, khususnya anak autisme, beri mereka masa dan ruang untuk menjawab soalan yang anda kemukakan. Ingat, cara otak mereka berfungsi sedikit berbeza dari kita. Kalau mereka pause atau diam seketika, jangan kita terus bertanya dan bertanya, tunggu sekejap atau kalau dah lebih 10saat mereka diam, mungkin kita boleh usulkan jawapan yang berkemungkinan untuk mereka jawab (kadang-kadang mereka nak jawab, tapi tak tau bagaimana nak susun perkataan/ayat).
Bagi anak-anak istimewa/autisme yang non-verbal, adalah lebih baik bertanya dan sediakan pilihan gambar atau perkataan(jika mereka boleh membaca) untuk bantu mereka berkomunikasi.

"Just because I can't talk doesn't mean I don't understand what you are saying. My feelings can be hurt just like yours."
sumber: fb Autism Spectrum Disorder, through my eyes.

2 comments:
Hebat awak seorang ibu yang mempunyai anak seperti Nurhan nabil..mesti awak kuat semangat.kagum saya.
tk syafisyifa'. anak istimewa ni satu anugerah, tapi ia juga lengkap dengan pakej ujian dan cabarannya.
Alhamdulillah, ujian saya ni kecil saja sbnrnya berbanding dengan orang lain.
kadang2 saya pun 'kalah' juga..masih berusaha untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak2 saya insyaAllah..
Post a Comment