Saya pernah cerita serba sedikit tentang percutian kami di Bayou Lagoon sebelum ini.
Secara ringkas, kami menginap di sini, 3 hari 2 malam. Layan anak-anak main water slides. Memang kegemaran semua, terutamanya si abang.
Harga tiket masuk ke waterpark; RM20 dewasa, RM15 kanak-kanak. Tiketnya per entry. Jadi untuk kami yang menginap di sini, masuk main di waktu pagi, keluar sekejap untuk lunch, rehat dan solat. Kemudian, masuk semula di waktu petang, untuk berjimba round kedua. Kena beli tiket 2x untuk 1 hari. adehhh..
Sebagai langkah berjimat, kami belikan tiket extra untuk abang (so harga kanak-kanak). 4 Wristband yang diberi percuma pula, tak boleh ditanggalkan selama tempoh menginap. Kalau ditanggalkan atau tertanggal, walaupun masih dalam keadaan baik, masih kena beli wristband baru (tak boleh minta ganti).
Dari segi ini, saya rasa, Lotus Desaru lebih ekonomi dan praktikal. Di LD, harga wristband (extra) cuma rm5. Kalau tertanggal/rosak/tidak boleh dipakai lagi, hanya tunjukkan wristband asal dan yang baru akan diberi percuma.
Mungkin peraturan ketat dan kos wristband di Bayou Lagoon lebih tinggi sebab waterpark-nya dibuka juga kepada orang awam (yang tidak menginap di hotel BL). Wallahua'lam.
Mungkin peraturan ketat dan kos wristband di Bayou Lagoon lebih tinggi sebab waterpark-nya dibuka juga kepada orang awam (yang tidak menginap di hotel BL). Wallahua'lam.
Kami datang ke sini, beberapa hari sebelum cuti Krismas. Peak period. Ramai yang sedang bercuti. Waktu check in, kawasan reception agak sesak. Menunggu untuk check in juga agak lama, walaupun menggunakan sistem nombor. Kalau tak ada nombor, mungkin lebih kalut lagi.
Lif hotel pula (untuk Amari villa) agak kecil dan daripada tiga yang ada, satu rosak sewaktu kami check in. Jadi anda boleh bayangkan betapa lambat dan lecehnya untuk kami naik ke bilik di tingkat 9. In fact, sepanjang 3hari 2malam di sini, beberapa kali kami turun naik untuk ke waterpark/keluar makan dan sebagainya, melalui tangga. Tingkat 9 tuuu...fuhhh!
Alhamdulillah, biliknya agak selesa dan bersih. Ada TV dan sofa di ruang tamu. Dua bilik dengan 4 katil single (dua katil di setiap bilik). Satu tandas di dalam master bedroom. Satu lagi di luar. Aircond dan water heater berfungsi dengan baik. Ada dapur kecil dengan sinki dan peti sejuk, serta meja makan. Tiada microwave, oh rugiii.

Waterpark-nya bersaiz sederhana. Berita baik sebenarnya untuk kami sebab keluasan yang sederhana memudahkan kami memantau anak-anak. Pada kebanyakan masa, si abang bergerak sendirian kerana stamina kami tak cukup untuk menyaingi beliau. Adoyai..Mata saya tak lepas memerhatikan beliau dari jauh. Kalau hilang beberapa saat saja pun, dah cukup merisaukan.
Ada sejumlah 4 water slides. Hanya dua yang saya kongsikan dalam gambar. Memang puas anak-anak saya turun naik slide, tak penat-penat. Paling champion, mestilah si abang.
Keadaan agak sesak di waterpark. Mujur kami turun awal, jam 830 pagi waterpark dibuka. Kami dah ada depan pintu masuk hehe. Dapatlah juga bermain air dengan selesa untuk sejam dua yang pertama. Saya dan suami bergilir-gilir jadi 'pengawas' anak-anak. Risaukan abang terutamanya. Bila dah ramai, macam-macam karenah dapat dilihat.

Tandas, loker dan bilik persalinan untuk orang awam.
Tahap kebersihannya tak dapat dipastikan sebab saya tak gunakan kemudahan-kemudahan ini.
Tahap kebersihannya tak dapat dipastikan sebab saya tak gunakan kemudahan-kemudahan ini.
Ada kafe juga, tapi pilihan makanan agak terhad dan harganya agak mahal juga.
Kami ke kafe untuk bayar tiket waterball.
Adik yang teringin sangat waterball ni.
Kos setiap bola; RM10 untuk 10minit
(satu bola, boleh masuk maksimum 2 orang).
Tapi abang tak berapa suka.
Tak sampai 5 minit, dia dah minta keluar dari waterball.
Tak sampai 5 minit, dia dah minta keluar dari waterball.
Mungkin dia fobia dengan ruang sempit.
Selain 4 wristband waterpark percuma yang termasuk dalam pakej penginapan, 4 tiket untuk theatre 9D juga diberikan. Kami terpaksa beli tiket extra, kalau tak silap saya RM15. Tayangan theatre 9D ini hanya 10minit. Kami rasakan ianya biasa-biasa saja. Tak rasa sangat pun efek 9D tu(kecuali yang duduk di barisan paling hadapan). huhu
Tiga hari dua malam di Melaka, kami sempat singgah di Melaka International Bowling Centre. Besar tempat ni. Memang puas ber-bowling di sini.
Cukup tiga hari, kami pun berangkat pulang. Bayou Lagoon. Kalau kami ke sini lagi sekali, mungkin waktu off peak kot :)
Happiness is....spending time with family :)

8 comments:
salam..terima kasih coz tinggalkan comment kat blog kita..salam kenalan
Seronok dapat bawa anak jalan2 kan..sama2 bercuti..
Owh.. akhirnya review yg ditunggu2 muncul juga.. ticket per entry? Huhuhu... jenuh jgk la ye kalo nak stay full day dlm waterpark tu.. tp kalo nak kuar masuk, terpaksa beli tix lain..
Leen->alhamdulillah, singgah la lagi :)
Mar->mmg seronok berjimba dengan anak2..kalau aku kayaaa, hari2 pergi berjimba haha
shaza_> itu la pasal..x praktikal la caj tix per entry (sangat tidak customer frenly) huhu
Salam singgah!
Membalas kunjungan ni :)
Masa saya ke sini tempat ni baru lagi. Saya tak perasan pun ada 9D Theatre ni. Kotnya memang takda lagi tak masa tu. Bab lif tu, masa hotel ni masih baru pun kami mengalami nasib yang sama. Siksa nak menunggu lif turun naik. Berebut-rebut nak turun. Waterball tu pun takda nampak juga tau!
Maybelah masa off peak season boleh bawa superheroes sekali lagi ke sini. Baru je balik dari day trip ke Melaka sebenarnya.
Mummydearie, kann? lifnya mak oii..buleh bikin stress!
Melaka mmg favourite place untuk jenjalan, esp utk daytrip sbb dia x berapa nak dekat & tak berapa nak jauhh haha
kalau kak syida jadi pegi gambang resort nanti jangan lupa hello saya tau?
yati, insyaAllah...doakan ada rezki kitorng smpai kuantan..leh jumpa nanti :)
Post a Comment