Menu sarapan pagi ini; Bihun Goreng, Teh 'O' panas, karipap dan donut. Bukan saya masak. hehe
Sebelum menu di atas dihidangkan, seperti biasa saya tanya dulu pada abang (walaupun selalunya saya dah tahu pilihan seleranya), saja nak galakkan beliau bercakap dan berkomunikasi (fyi, individu autisme, walaupun ada kemampuan verbal, sangat 'berat mulut').
"Abang nak makan apa, nasi lemak ke bihun goreng?"
"(Diam)"
Selepas lebih kurang 15saat, saya tanya semula..
"Abang nak makan apa, bihun goreng ke... (pause sekejap)..nasi lemak?"
"Maggi!"
hahahahahaha jawapan yang sangat TAK dijangka (padan muka maknya ;p)
Ini semua akibat ternampak saya dan suami makan Mamee chef beberapa hari lepas. Oleh kerana dah 'kantoi' dan dia sibuk mahu rasa, kami beri dia 'menjamah' sedikit.
Dah pandai mintak Maggi pulakk. hadoi
"Abang makan bihun goreng jelah ye? Boleh? ke nak nasi lemak?"
"Nak mee...bihun!"
ok! dan kami terus breakfast bersama-sama. Alhamdulillah :)
Moralnya, lepas ni kalau nak makan maggi, kena lebih 'bersembunyi' daripada biasa haha. Lebih baik lagi, tak makan maggi langsung, kan? (Oh mampukah?)
Bihun goreng. Nasi lemak. Teh 'O'. Karipap. Donut. Rezeki.
Anak autisme yang patuh dan akur, walaupun tak dapat makan maggi. Juga Rezeki.

9 comments:
Aah..anak2 autism mmg takmo cakap sangat.
Suspense thriller :) Ingatkan pesanan suami suruh isterinya sediakan di dapur untuk breakfast pagi ni. Order kedai ke?
Susah tau kalau apa yang kita teringin nak makan tapi tak mahu galakkan anak-anak makan. Memang kena sembunyi-sembunyi gitu tapi budak-budak sekarang, tak dan kita nak sembunyi dia dah dapat 'tangkap' :)
Dr Syikin, tu la pasal..dorang ni kan, ada masalah berkomunikasi, so mmg kalau boleh..dia xmo berinteraksi sangat, kecuali kalau dah terpaksa..itu yg sy nak kna selalu stimulate anak utk bercakap...
mummydearie, kita ni x pandai masak...masak yg super sempoi & wajib2 je..kalu nak banyak menu bagai, jawabnya beli kat kedai haha
anak2 da makin beso, susah dah nak main sembunyi2 huhu
Salam hujung minggu yer... Pagi nie makan ape yer?
incik zumal, pagi ni sy makan soto hehehe alhamdulillah
Bagus ye takde pulak meragam kalau tak dapat.kira jenis dengar kata.good boy!mihun goreng sedap apa
mihun goreng mmg sedap haha..alhamdulillah dia ok je walaupun permintaan ditolak (kekadang ngamuk juga, tapi sekarang dah makin patuh hehe)..alhamdulillah ;p
xpayh makan terus la manggi.hihi
haa...mmg itulah yg terbaek kann? Oh Tuhan, berikan ku kekuatan huhuhu
Post a Comment