sumber: google
Sesekali bersiaran dari luar, biasanya saya hanya blogging di rumah. Hari ni, mode gigih mengangkut lappy dan curi masa untuk menulis satu entri, sementara anak bujang saya berterapi di pusat intervensi-nya.
Tiga perkara untuk saya syukuri hari ini;
- Selesai 5 hari persekolahan minggu ini, Ahad-Khamis. Esok dan lusa, masa untuk berehat.
- Saya lihat seorang pembantu kedai memberi makan seekor kucing jalanan di depan sebuah restoren (tempat saya bersarapan dengan suami selepas menghantar anak-anak ke sekolah). Baru saja terlintas niat dalam hati nak beri kucing tersebut makan sebelum saya meninggalkan restoren itu, Tak lama kemudian, saya lihat beliau bawa sebekas nasi serta ikan dan dihulurkan kepada kucing itu di luar. Allah beri peluang saya melihat kebaikan orang lain. Allah makbulkan juga doa saya supaya kucing itu diberi rezki makanan. Syukur :)
- Rezki masa untuk update blog hari ini dan nikmat kesihatan yang Allah beri untuk saya menjalankan tugasan saya setiap hari.
"Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang sentiasa bersyukur."

5 comments:
Alhamdulillah syukur rezeki kurniaanya dalam pelbagai cara kan
betul3 :)
Alhamdulillah. Banyak betul perkara baik berlaku kat sis semalam.
Follower #140.
Thanx sudi singgah blog saya.
tq Dr syikin, sudi singgah, komen & jd follower.. (terharu) *thumbs up*
Post a Comment