Apa cerita?
Saya dapat minyak bernilai RM50. Percuma!
Seronok.
Seronok.
Memang gembira betul hari ini. haha
Saya pengguna minyak petrol BHP. Setiap kali mengisi minyak, memang saya tak pernah lupa untuk swipe e-card saya. Saya dan BHP, tidaklah 100% setia. Kalau minyak sudah minta diisi, saya singgah saja ke mana-mana stesen minyak berdekatan, walaupun ianya bukan BHP.
Saya dah lama nampak notis (gambar di atas) sejak beberapa minggu yang lepas. RM5 nilai petrol atau barangan dengan setiap 550ePoints. Tapi, setakat tengok dan baca saja. Nak masuk dalam dan bertanya baki ePoints saya dan menguruskan pertukaran dengan nilai petrol atau barang-barang yang tersenarai, memang saya tak sempat. Setiap kali isi minyak, terkejar-kejar dek masa.
Kebetulan, selepas zuhur tadi, selesai hantar anak ke sekolah agama, saya ada sedikit masa senggang. Terus saya singgah di stesen BHP, masuk ke dalam dan bertanyakan baki ePoints saya pada cik jurujual yang bertugas.
Kebetulan, selepas zuhur tadi, selesai hantar anak ke sekolah agama, saya ada sedikit masa senggang. Terus saya singgah di stesen BHP, masuk ke dalam dan bertanyakan baki ePoints saya pada cik jurujual yang bertugas.
"Puan ada baki 5800++ point, cukup untuk tukar dengan petrol RM50." sambil tersenyum.
"Hah? RM50? Tukar point je, tak payah bayar la ni?" Dalam hati saya, "biar betul?!"
"Ya puan, betul la tu. Nak tukar dengan barang pun boleh. Tapi saya syorkan tukar dengan minyaklah." cik jurujual tersenyum lagi, mungkin tengah tahan ketawa tengok muka saya yang separuh blur, separuh excited sebab nak dapat minyak percuma RM50. haha
"Hah? RM50? Tukar point je, tak payah bayar la ni?" Dalam hati saya, "biar betul?!"
"Ya puan, betul la tu. Nak tukar dengan barang pun boleh. Tapi saya syorkan tukar dengan minyaklah." cik jurujual tersenyum lagi, mungkin tengah tahan ketawa tengok muka saya yang separuh blur, separuh excited sebab nak dapat minyak percuma RM50. haha
"Err...saya nak minyaklah." dengan pantas saya menjawab.
Cik jurujual terus swipe e-card saya dan keluarkan resit. "Puan nak tukar dengan apa-apa barang tak? ada baki lagi 200++ point ni.." sambil jarinya menunjuk ke arah katalog barang-barang yang tersenarai untuk penebusan. Mata saya terus nampak gambar-gambar air tin Yeo's. hahaha
"Saya nak air cincaulah. Haus ni. Panas!"
"Puan ambil sendiri ye di sana.." sambil beliau menunjuk ke arah chiller.
Selesai urusan di kaunter, saya terus menuju keluar. Sebelum membuka pintu, "Terima kasih ya, lepas ni saya tak isi minyak lain dah kot.." sambil saya senyum sengih pada cik jurujual tadi.
"Terima kasih puan. Isi minyak BHP jelah, ramai customer yang memang berpuas hati." dia membalas senyuman saya.
Hari ini, Allah bagi saya rezeki minyak petrol, air cincau sejuk di kala cuaca panas terik, layanan mesra dari cik kaunter dan 'bahan' untuk entri blog!
Syukur :)
Be grateful for small things, big things and everything in between. (picturequotes.com)
.jpg)
.jpg)
18 comments:
Syoknya dapat minyak free dan air cincau lak yu ^-^
DZ, alhamdulillah..mmg syiok hehe..tgh cuaca panas berdenting,dapat tebus point dgn minyak, hati trus jd sejukk..air cincau lak buat penyejuk tekak ;p
wah tahniah dapat minyak free boleh ronda2 kotaraya kan syida...
woww..tahniah kak..rezeki berganda2..jijah pengguna petron..ngee
Alhamdulillah untung hari ni dpt rezeki 4in1.sy isi minyak petron,boleh tukar dengan minyak juga bila cukup point..
knoor,alhamdulillah..bukan setakat ronda2 kotaraya ni...ronda2 balik kg trusss hehe
jiejah, tu la..rezeki..suker3.
PK, alkisahnya petron pun boleh tebus point dgn minyak ya? kna bgtau mak mertua ni, dia pengguna petron :)
uiiii best tu.... penuh setangki tu
untunglahkan bukan minyak je dapat, air cincau sejuk pon dapat
Rezeki dalam bentuk yg tak terjangka. Alhamdulillah.:)
Tapi, part yg ikrar janji setia tu klakar. Haha. Nmpknye, sy pun nk kne berjanji setia dgn petron untuk dapat minyak free mcm ni. Hehe:)
khairin anies, kalo exora, RM50 tu x cukup setangki dik..tapi xpelah, dapat cover banyak km gak tu hehe
mar mansor, yg benornya tujuan asal nak tebus point dengan air tin aje..tuptup dapat tau cukup point utk dpt minyak free..harusslah cekau dua2 ;p
Shahira, sama2 la kita berjanji setia dengan minyak petrol pilihan memasing ya..janji leh dapat minyak free hehehe
Siapa tak suka benda percuma. Kalau saya, bab-bab kumpul point ni memang ambil berat betul. Hahaha.
Saya penunggu setia Shell tapi mereka langsung tak hiraukan saya. Kalau ada contest, saya tak pernah menang.
Macamana nak menang kalau join pun tidak :)
haha MD, bab join contest mmg sy pun x brp nak rajin..tp pernah la juga cuba2 kot ada rezki..tp swipe & tebus point ni mmg senang sangat. i like :)
Alhamdulillaj rezeki..RM50..byk tue..JM guna minyak Shell guna kad bonus link tapi x de apa2 reward pung hhuhu
haha apa tggu lg JM, cepat2 bertukar kpd BHP ;p
Wah.. baru tahu pasal kad BHP ni.. menarik la.. tapi sat, kejap nk fikir, kawasan rumah saya ni xda BHP berdekatan.. alahai..rugilah gtu.. kalau buat kad utk sekali sekala guna bolehla..masa twrjumpa je baru isi BHp. Haha.. xmacam si tamak ke pulaknya kami ni?
rasanya bole je kalo nak apply ecard ru, walaupun utk guna sekali sekala..petron pun dgrnya bole tebus point dgn minyak..so silalah pilih mana yg mudah utk AN.
dah la dapat minyak free, dapat pula air cincau percuma. memang untung gilerrr
MNH SM, penat beli minyak & kumpul point..mujurlahh ada habuannya..alhamdulillah :)
Post a Comment