Feb 15, 2015

Sabtu Bekerja

Semalam.

Kami bergotong-royong membungkus nasi briyani untuk tempahan katering 350 orang. 

Tugasan bermula lebih kurang jam 9 pagi semalam.  Adik jaga bahagian acar nenas.  Saya pula bertugas bahagian ayam masak merah.  Bahagian nasi, pak mertua yang uruskan. Abang? of course dia pun sama-sama bertugas, beliau jadi tukang letak sudu dan tutup bekas plastik.



Khusyuk anak-anak saya bertugas.  Tapi, selepas mengisi lebih kurang 100 bekas nasi, masing-masing dah mula 'drama'. Si adik tak habis-habis mengeluh, "Ishh penat la ma..lenguh ni berdiri.." aih, banyak lagi ni dik. Tak lepas separuh pun lagi ni.

"Sudu!"
"Mula-mula letak sudu, lepas tu baru tutup."

Saya terpaksa mengingatkan si abang berkali-kali sebab sebagai seorang anak autisme, memang ada masanya dia nampak seperti 'mengelamun'. Setiap 5minit bekerja, dia 'pause' seketika. Kadang-kadang dia terlupa isi sudu. Memang kena bersabar dengan rentaknya. Tapi kena bagi dia peluang.  Selagi dia ok, kita teruskan. Lambat sikit pun tak apa.



Adik pula terus menceduk acar nenas dengan penuh bersemangat, sambil sesekali mengeluh penat. Si abang tak pandai mengeluh, tapi nampak dahinya dah mula berkerut-kerut. Sampai satu tahap, agaknya dah tak tahan letih, beliau sebut "exora!" Hah, tu diaaa. Dah sebut kereta tu, maknanya nak ajak balik la tu. haha

"Kejap ye ..kejap. Sikitt lagi" Ada lebih kurang 100 bekas nasi lagi ni kot. Selang beberapa minit, beliau dah mula merengek-rengek. Penat sangat agaknya. Akhirnya, saya benarkan beliau duduk rehat dan saya beri upah sekotak air soya. Terus diam. Hmm...




Sesi gotong royong berakhir lebih kurang jam 11.30 pagi. Kami terus pulang untuk makan dan bersiap-siap untuk bawa abang ke sesi terapi mingguannya. Penat, tapi puas hati. hehe



Sabtu yang produktif.


It's good to have money and the things that money can buy.
But it's good too, to check out once in a while, 
that you haven't lost the things that money can't buy.
(myquoteshome.com)



18 comments:

Unknown said...

wah gotong royong ye shida, bagus nya anak2 pun ikut menolong, kalau kaknoor yg cerewet ni hhmmm anak besar pun akak tak percaya hee, tapi baguslah macam ni di latih dah besar terbiasa dah kan..

syida said...

hehe knoor, kalau diikutkan tahap piawai kita, mmg x lepas nak bg anak2 tolong..tu yang bagi tugas2 mudah aje tu..itupun, bising mulut saya dok kerah/tegur keje anak2 hehe

Azizah green line said...

bagusnya dia nijuga menolong..takpe walaupun kdg2 budak2 ni cepat bosan

QasehnyaRania said...

wah kecik kecik dh pndai buat kerja..
smga mmbntu di masa depan kelak..
seronokkkan dibuat bersma...

Mummydearie said...

Saya nampak nasi briyani terus lapar *_*

Mujurlah ada anak menantu dan cucu untuk tolong uruskan tempahan ya, Syida. Untung juga tu lepas kerja boleh tapau makan dan dapat RM lagi. Memang sangat produktif. Kami sefamili pulak dok mengosongkan RM dalam poket hujung minggu ni sambil-sambil ternak kolesterol lebih sikit :)

Nia said...

Salam,

Bagusnya baru pukul 11.30 dah siap untuk 350 orang. Memang sangat produktif ;)

Puan Kutu said...

Yg penting derang nak nak menolong,kelakar abil dah penat terus sebut exora!ketawa saya.bijak betul!

Sabtu kami attend kenduri.pastu pergi hospital png melawat jiran.sebelum balik jjcm dekat pdg kota.produktif gak kan...hehe

syida said...

Azizah GL, a ah bebudak ni rajin nak nolong..tapi semangatnya ala2 suam2 kuku gitu haha..baru packing sikit dah macam2 ;p

Qasehnya Rania, alhamdulillah..harap2nya dorang ni rajin smpai ke beso hehe

syida said...

mummydearie, aktiviti mengosongkan poket pun kira produktif gak tu ahaks ;p

nia, 9-1130 tu kiranya untuk packing saja. masaknya dah buat lebih awal..kalo orang dewasa buat lagi cepat kott hehe

syida said...

PK, abil mmg cenggitu, kalo dia nak apa2 tp x tau nak ckp macamana, dia akn sebut benda2 yg dia tau, yg related to apa yg dia nak. sebut exora tu maknanya, nak naik kereta..dah penat,nak balik! haha

dear anies said...

rajinnya yg membantu tuuuu thumbs up sket!!! ;-)

Dunia Zumal said...

Banyak tempahan nasi beriani tu yer... mesti best rasanya ^-^

syida said...

Khairin anies, alhamdulillah..dah bole diharap bdak berdua ni..tapi buat sikit je dah penat tu yg tak tahan hehehe

DZ, err..kalo dekat2, leh bagi sebungkus dua :p

irenedahayu said...

wahhh rajinnya abang abil....

Jari Manis said...

setuju dengan tindakan kak Syida tu..ajar si Abil tu buat sama2..

syida said...

Irene D, time mood abil baik insyaAllah boleh la diajak join buat keje sama2..

JM, kann..mmg kna libatkan dorg..bagi tugas2 yg sng2 aje dulu pun xpe ..kasik praktis hehe

Aisy Nasiha said...

Nampak menyelerakan je nasi beriani keluarga Syida buat ni. Alhamdulillah murah rezeki ya.. banyak dapat tempahan tu. Ana2 bantu sikit2 jadi diorang takla bisan dan akhirnya tak juga akan ganggu Syida buat keja kan.. bagus juga bg diorang tolong..

syida said...

AN, yg pakar masaknya pak mertua.kami2 tolong packing aje ;p
mmg sengaja sy biasakan anak2 tlg mana yg boleh.selain bg pendedahan & pengalaman, dpt juga tambah duit poket hehe