Dulu lain, sekarang lain.
Baru-baru ni, cikgu kelas si bongsu membuka whatsapp group untuk ibubapa anak-anak muridnya. Selain berkongsi info/pertanyaan, group tersebut 'meriah' dengan gambar aktiviti anak-anak di sekolah.
Balik dari sekolah, hampir setiap hari anak saya akan tanya, apa cikgunya beritahu di whatsapp hari ni? ada gambar tak? dan macam-macam soalan lagi..
"Cikgu kata, kalau nakal-nakal, nanti cikgu ambil gambar, letak kat whatsapp!" katanya.
Untunglahh. haha
Zaman dulu, takda teknologi telefon bimbit, whatsapp bagai. Sekarang dah maju. hehe InsyaAllah lebih senang nak pantau dan ambil tahu hal persekolahan anak-anak.
Whatsapp juga jadi sumber info aktiviti si abang di sekolah. Kelmarin, beliau ikut rombonga bermain bowling. Terima kasih untuk cikgu dan para PPM (pembantu pengurusan murid) yang gigih membawa anak-anak kelas Pendidikan khas ke sesi terapi bowling. Walaupun semua balingannya 'masuk longkang', yang penting happy :)
No matter how much you think you hate school,
you'll always miss it when you leave.
you'll always miss it when you leave.
(instagram)


10 comments:
Sha pun ada banyak group whatsapp. Untuk kerja lah, unit lah, housematelah, family. Macam-macam lagi.
Yang bagusnya group macam ni, kita senang nak dapat info & info pun secara bundle. Tak payah nak tanya sorang-sorang lagi dah :)
betul tu teknologi ada pro cons..tinggal kita jer kena bijak guna teknologi. Aiman2..seronoknya kalau mkn spageti.
Samalah kita ya..saya pun asyik tak berjaya menguruskan masa dengan baik. Banyak je kerja tertangguh.. kagum sangat dengab kawan lain yg bagus menguruskan masa.
Teknologi bagus kalau dimanfaatkan gini.. jadi situasi menang menang..
Tabika pun ada group WhatsApp sekarang nie...
betul tu sha, semua bukak whatsapp grup..kekdg tak terlayan hehe
PK, setuju..kna bijak 'ngurus'kan teknologi hehe
Aisy N, tu la pasal..sy ni kalut memanjang, padahal orang lain pun banyak kerja juga, sibuk juga..kna improve lagi bab time mgmt ni :)
DZ, zaman dah berubahh..lagi 10-20tahun ntah apa pulak yg ada hehe
zaman skrg ni org dh kurang beli top pup pohne tapi beralih kepada data plan...byk group pulak tu...pastu dah boleh buat call through wat se up tu
a ah JM, senang dah skrang ni..pakai data plan aje..whatsapp di mana2 ;p
Nak bandingkan zaman kita dulu-dulu dengan anak-anak zaman sekarang ni memanglah bagai langit dan bumi, Syida. Tapi kenapa saya rasa macam zaman kita dulu-dulu tu macam innocent sangat-sangat. Ke saya je yang terlebih suci? Hahaha.
Sekolah anak saya takda group WA. Kang dibantai cakap Mandarin, nangis Mommy yang sorang ni nak guna google translate *_*
MD, zaman2 kita dulu, mmg zman suci lg menyucikan haha tp alhamdulillah bahagia juga walaupun xde teknologi gajet, whatsapp bagai, kannn?
Post a Comment