Dulu, semasa saya bersekolah di Kuantan, paling tidak pun, setahun sekali saya ke pantai Teluk Cempedak. Kali terakhir saya ke sini ialah semasa anak sulung berumur sekitar 6-7 bulan, lebih kurang 12-13 tahun yang lalu.
Anak-anak saya suka laut. Tapi kunjungan ke TC yang lalu, kami datang bersiar-siar saja. Jalan-jalan, makan aiskrim, ambil gambar, tengok gelagat manusia, rakam aksi monyet!
Terkejut saya tengok monyet-monyet di TC. Memang meriah mereka berkampung di situ.
Seingat saya, pantai TC dulu, tak se-happening sekarang. Macam-macam ada di TC. Boleh rasa suasana tepi laut, pasar malam, mini karnival, semua dalam satu :)
Kami sekeluarga sebenarnya tak berapa gemar tempat yang sesak dengan manusia. Tapi semasa menuju ke TC, saya tak sangka ia sudah 10x lebih meriah berbanding dulu. Kali ini, kami just join the crowd.

Beredar dari TC, kami makan malam di restoren Nasi Lemak Tree Under.
Kami makan nasi kukus dan ayam goreng berempah.Maaf tak ada gambar juadah, menu dan yang sewaktu dengannya.
Yang ada cuma gambar anak dara saya yang bosan menunggu makanan tak sampai-sampai. hehe









13 comments:
Kira menggamit nostalgia la namanya ni..sy belum pernah smp lagi pantainya TC,klu ke Pahang, paling2 Ke rumah adik ipar di pekan
Salam. Hee sudah membesar anak dara mama ;p
Indah panorama kat Teluk Cempedak tu ^^
TC!!! belum pernah ke sana...seronok kan jalan2 di atas pasir pantai..jalan pengangan tanga bersama suami..fuhh..romantik hehehe
PK, selain TC, di Kuantan, bole juga ke pantai balok atau cherating :)
Tiga lalat, ye betol..alhamdulillah :)
DZ, masyaAllah..mmg cantekk..tp kalu x crowded sgt, lg sy suka hehe
JM, x sempat lah nak berpimpin, romantik bagaiii..monyet banyaj sangatt, takutt haha
Salam Syida *_* Dah sampai dah ni...
Alah, yang kat atas batu tu kan awak dan anak-anak! I is kenallah walaupun turun naik spek nak mengecamnya. Hahaha.
When was the last time I came here yerk? Lama dah rasanya. Zaman sekolah kot! Eh, masa Jepun tsunami tu saya ada kat Cherating, haruslah saya ada singgah kat TC dan 'memotret' gambar di sini. Nantilah pi check gambar2 yang ada!
Memang happening sekarang ye. Dulu masa pergi macam takda apa-apa jerk. Kena simbah air laut ada ler...
MD, mata u mmg mata spiderwoman hahaha
TC ni kira berkali2 dah i pegi..cherating lak, lom pernah smpai lg .insyaAllah next trip hehe
Teluk Cempedak cantikkkk :)
Pandai fotographer ambik gmbr :)
Btw, kak syida, mana entry lagi? Im waiting, huhuhu
menarik juga ye teluk cempedak ni...
Eh..dah lama tak menulis, sibuk ke? Ingatkan saya sibuk jarang buka blog, tapi ramai gak yang tak berapa update blog minggu ni ya.. kalau dapat berehat kat tepi pantai di saat kerja banyak ni bagus snagat kan..alahai..
sha, kredit untuk mr fotografer aka encik suami hehe
entri seterusnya? sabar ya..menunggu ilham tak sampai2 ni huhu
MamaBard, boleh tahan la pantai tc ni..buat jalan2 petang2 mmg sangat okehh :)
Aisy N, lepak2 tepi laut mmg boleh de-stres..bulan ni, mood blogging saya agak 'ke laut' huhu...ni tgh kumpul semangat & idea semula ni..chaiyokkk ;p
Chaiyok-chaiyok Kak Syida ^^
Sya org dekat sini dah x rasa beat Sgt Kat TC.. tapi kalau ada apa² Kat sana, seronok.juga
Post a Comment