Pagi tadi, macam biasa, rutin Sabtu saya ialah bawa anak-anak bersarapan di restoren pak mertua. Teh tarik, milo tarik, roti canai, soto nasi, kuetiow goreng. Alhamdulillah. (err...menu tiga orang ye tuu)
Lepas bersarapan, saya duduk-duduk sebentar di belakang restoren. Layan anak berlegar-legar tengok sekeliling, pantau si bongsu main pasir ('fefeeling' tepi laut, sebenarnya tepi jalan hehe) dan layan anak-anak bulus jalanan.

Kelmarin, si adik ni terlibat dengan kursus smart leadership di sekolahnya. Tidur di sekolah.
Anak 9 tahun, pergi kursus, tidur di sekolah. Risau? Saya ok je insyaAllah.
Sebab, tidur dalam bangunan sekolah, bukan khemah. Ada cikgu-cikgu yang bertugas untuk memantau anak-anak yang terlibat. Makan ditanggung. Tempoh kursus pun agak pendek, 2hari 1malam.
"Satu malam je kottt.." beritahu si anak pada saya bila saya sebut "..boringlah bila adik tak de kat rumah.."
Bagaimanapun, macam biasa, beliau agak nervous sewaktu kami packing barang-barangnya malam Rabu yang lalu. "...rasa macam sakit jantung la ma!" hahaha
"Alaaaa..rilekk je. Kawan-kawan kan ramai. Semua sama macam adik. Nanti ikut je cakap cikgu.." ujar suami saya.
"Adik risau tak boleh bangun awal pagi. Kat rumah kan adik susah sikit nak bangun..."
"Cikgu kan ada...mestilah dia kejutkan nanti.." saya cuba tenangkan beliau.
Alhamdulillah, sejak balik ke rumah tengahari semalam, 'tak cukup mulut' dia bercerita tentang pengalaman dia bermalam di sekolah hehe. Dari bab makan beramai-ramai dalam dulang, dijamu makan otak-otak waktu makan malam, tidur berdua dengan bff-nya dalam satu sleeping bag, bangun lewat untuk solat subuh dan aktiviti berkumpulan yang dilakukan, semuanya seronok belaka!
"Adik nak tidur kat sekolah dua bulan!"
Tu diaa, sebelum pergi kursus, 'sakit jantung'. Dah habis kursus, nak sambung lagi dua bulan pulak. haha
"Lepas ni ada kursus lagi ke ma?" tanya beliau.

"Entahlah, adik baru darjah tiga. Ada tiga tahun lagi kat sekolah (sampai darjah enam). InsyaAllah ada la kott" saya jawab.
Alhamdulillah untuk peluang mencipta kenangan yang seronok lagi menyeronokkan.
Saturday. It's a good day to have a good day. (google)

14 comments:
Seronokla ya Zarif dapat pergi kursus kat sekolah. Sampai nk kursus 2 bulan tu.. InsyaAllah semuanya ok, ramai cikgu yang bertugas tu..
Ada masa fokus kita ke arah perkara lain ya.. takpelah mana2 yang selesa dan membahagiakan syida..
kami pula melepak kat rumah je pagi ni sebab tunggu naim balik, naim pergi lawatan sekolah..
Hehe, kelakar. Sebelum pegi takut, dah balik eksaited. Zarif-zarif. :)
lama betul hilang.sepuluh hari tu!
hahaha tak menahan dua bulan nak berkampung kat Sekolah..comel betul!mmg la kan best klu sesekali buat aktiviti camni.ajar anak berdikari
patutlah kaknoor tercari2 10 hari lama tu, seminggu lebih sunyi je, selamat kembali bersua di alam maya ya..
Aisy N, zarif mmg biasa mcm tu..memula nervous..lps tu baru nak excited/seronokk hehe
Sha, mmg lawakk..terpaksalah mak layankan aje karenahnya :p
PK, a ah bagus program2 cenggini..pelan2 latih bebudak berdikari sejak kecik :)
knoor, meh la share tips dgn saya ni haa..baru sibuk sikit, dah offline...huhuhuhu kagum tgk knoor istiqamah produktif online & offline..
Aih..sebelum pergi macam nak Sakit jantung , balik terus nak pergi lagi? Alhamdulillah seronok kan tgk anak bersemangat macam ni..
Zumal pun kalau ada aktiviti kat luar Perlis jadi risau pasal nak bangun pagi. Kekadang berubah tempat nie lain jadinya.
Seronok sangat sampai nak pergi kursus dua bulan terus ya, Zarif!
Alahai, Syida! Saya ni antara emak yang tak 'rela' melepaskan anak-anak. Kalau ada kursus kena bermalam, dan tak wajib memang tak lepaslah anak saya nak berdikari. Tapi anak I kan dah kata nanti dia pergi NY, dia bawa Mommy bersama. Hahaha!
Sya Nadia, hehe biasalah Zarif..lambat sket warm-up..alhamdulillah, dia seronok beraktiviti, maknya tumpang suka :)
DZ, kunci je alarm henfon tu..pasang bunyi yg paling kuat and setkan biar dia snooze banyak2 kali..insyaAllah bangun le nanti ;p
MD, kalo pegi NY, harusslah mommy ikut sama. kalau boleh, aunty pun nak ikut sekali..ahaks!
lamanya budak sekolah rendah berkursus
http://kucenmaster.blogspot.com/
kucen master, 2h 1m je kursusnya.yg dua bulan tu, angan2 je hehe
Baru dia tau betapa seronoknya dpt sembang, mandi, solat ngan kawan semalaman hihi...
hainom OKje, hahaha itula psl...dah rasa seronok, nak lagi dan lagi pulakk hehe
Post a Comment