Jan 24, 2010

Ahad yang Boring?

dari google
Hari ni Ahad, 24hb. Ahad yang keempat untuk tahun 2010 ni. Biasanya, hari Ahad ialah hari bangun lewat sedunia...hehe. Yelah, Isnin-Sabtu kena bangun pagi-pagi untuk ke sekolah dan terapi. Semalam, walaupun sepatutnya ada sekolah ganti, dapat la rehat sikit sebab Johor cuti (sempena kemangkatan Sultan Johor). Al-Fatihah.

Perkataan BORING memang terngiang-ngiang di telinga saya setiap kali kakak tak bersekolah, biasanya hari Ahad la kan. "Boring la ma...."
Ahad lepas, ni aktiviti anak-anak saya. Saya tengok Abil asyik duduk atas katil sepanjang hari membelek ensiklopedianya. Adik dengan kakak pulak asyik bertekak berdua, sampai saya pun dah panas telinga. Terus saya panggil tiga-tiga orang ke bilik . Ini yang kami buat.....


Sediakan gunting, gam, krayon, kertas lukisan dan majalah lama
Kakak sibuk menggunting....
Adik main dengan krayon sebab belum pandai menggunting

Abil dengan aktiviti kegemarannya, menampal dan menggunting

Ini setakat idea 'bidan terjun' je, saya ajar Abil dan kakak gunting bentuk-bentuk pakaian, tampal, kemudian lukis kepala, kaki dan tangan. Untuk adik , lukisan free hand sebab adik baru nak belajar pegang krayon/pensel dengan betul.

Untuk aktiviti-aktiviti yang lebih menarik, boleh tengok sini.....


Arts for Children and Adults with Special Needs
Arts and Craft for Kids
Fun Family Crafts

Sunday clears away the rust of the whole week. ~Joseph Addison




2 comments:

YatieJay said...

Yatie ada terbaca somewhere, kerja2 yg memerlukan budak2 pakai tangan (contoh : main tanah liat, melukis, menggunting etc...) menggalakkan penggunaan otak kanan.

Tapi baguslah cara Syahida, sangat kreatif dan kurang kos. Budak2 pun suka!

Syahida said...

yatie, betul la tu..kerja-kerja tangan kebanyakannya menggalakkan penggunaan otak kanan.
anak 3 orang ni, mmg sentiasa kena cari idea untuk berjimat..hehehe