Jan 16, 2010

Hari ini Lebih Baik


Hari ini saya rasa adalah tahap yang paling selesa menjaga Abil. Belum pernah lagi saya rasa sebelum ni, sepanjang hampir 7 tahun menjaga makan pakai serta keperluan emosi, mental dan fizikal seorang anak yang bernama Nurhan Nabil.

Abil masih belum berdikari sepenuhnya, masih perlu dibantu mengurus diri. Perkembangan mentalnya juga masih belum selari dengan kanak-kanak normal seusianya tapi agak memuaskan jika dibandingkan dengan kanak-kanak autistik yang sebaya. Masih banyak yang perlu dikejar, sebab saya sendiri tidak dapat melatih Abil secara intensif hanya 10-15 minit setiap hari selain pengisian di sekolah dan sesi terapi.

Progress Oh! Progress :)

dari google

# Emosi Abil lebih stabil walaupun kadangkala dietnya tidak teratur. Dah lama tak nampak Abil mengaruk dan mengamuk tanpa sebab yang diketahui.

Mungkinkah kesan terapi AlQuran di waktu malam? atau terapi hydro dan sensori di Happyland saban minggu? atau Abil yang sekarang sudah lebih matang? atau kerana sudah lama tiada libasan cinta sebab mama dan Ayah dah mula redha dan menerima? susu Pediasure-kah? penangan vitamin-kah? Teori mama, semua sekali kot....

# Abil patuh pada arahan. Masih suka berlari melihat kenderaan, tapi tidak 'gelojoh' dan hyper seperti dulu. Dipanggil nama sekali saja, Abil terus datang menerpa walaupun tak menyahut. Kalau tidak dipimpin tangannya pun, sudah boleh mengawal diri daripada berlari sini sana.

Faktor usia? Saya ada juga terbaca, tahap keaktifan anak akan reda seiring usia. Tapi, saya harap ibu-ibu jangan 'take for granted' dengan statement ni. Untuk mengurangkan hyper, ini yang saya amalkan secara konsisten; urut anak (terutama-nya di bahagian sendi-sendi) hampir setiap hari, jaga diet mereka (kurangkan yang manis, banyak MSG dan pewarna) dan pastikan anak buat aktiviti yang mengeluarkan peluh (melompat atas trampoline, melompat, berguling, berbasikal/skuter, bawa ke playground/taman dan macam-macam lagi).

# Abil lebih tenang dengan perubahan dan suasana baru. Tahun ni, Abil lebih relaks dan 'menerima' persekitaran baru dengan agak mudah. Tahun lepas, tantrum setiap hari. Mogok makan pun selalu juga. Kali ni, semua ok.

# Rutin ke tandas yang sangat stabil. Agaknya fasa Fear Factor mama sudah berakhir (harap-harapnya la...). Sebelah malam pun, tak perlu dikejutkan bangun sekerap dulu. Biasanya, tak perlu kejut pun. Boleh pergi kemana-mana tandas dalam rumah, tak lagi 'rigid' dan memilih macam dulu. Masih belum pandai cebok sendiri bila buang air besar tapi mama lega dengan perkembangan yang ada ni....sangat legaaa....

Mama sendiri tak pasti samada ini hanya fasa sementara atau akan terus berkekalan. Malas dan takut nak fikir. Mama rasa lebih baik mama menikmati kemudahan dan keselesaan yang Tuhan bagi ni. Lebih baik fikirkan macamana nak menggunakan masa yang ada untuk mengajar Abil perkara-perkara baru dan catch up mana-mana aspek yang masih ketinggalan.

Oh ya! mama lupa...Abil dah mula pandai membaca sukukata...ba-ca, ma-ma, ja-la, to-to. Ah!seronoknya...anak mama tak buta huruf lagi :D

dari google

Nobody really cares if you are miserable,
so you might as well be happy.

~Cynthia Nelms


2 comments:

norhamimah said...

alhamdulillah...abil dah banyak progress..seronok baca entry ini..ter"release" sat tensen aku :)))

Syahida said...

Alhamdulillah...berkat doa semua agaknya.More progress to come insyAllah!