Feb 1, 2010

Filem

Sebelum ni, saya pernah cerita tentang filem Rain Man(1988), lakonan Dustin Hoffman dan Tom Cruise. Terbaru, filem Bollywood My Name is Khan(2010) lakonan Shah Rukh Khan. Watak SRK di dalam filem ni katanya, sama macam watak Dustin Hoffman (Rain Man) sebagai seorang severe autistic bernama Raymond.

Saya masih belum menonton. Jadi, tak boleh nak komen lakonan Shah Rukh Khan. Apa pun, semestinya unsur-unsur Bollywood banyak ditonjolkan dalam filem ni. Seperti yang diketahui, seorang autistik tidak begitu expressive dan blur (tidak pandai meluahkan perasaan mereka). Dalam filem My Name is Khan, SRK dikisahkan bercinta dengan heroinnya (Kajol, kalau tak silap). Menarik juga nak tengok macamana seorang autistik bercinta. Seorang autistik menari, menyanyi macam selalu (dalam filem Hindustan)? Hmm....menarik.

Saya sibuk google sana sini tentang My Name is Khan (terbaca dalam Bi-Pop), terserempak la pulak dengan banyak lagi filem-filem berkisahkan individu autistik. Antaranya, What's Eating Gilbert Grape(1993). Filem ni sangat best (sebab ada Johnny Depp..hehe). Saya tengok masa zaman universiti dulu. Nak tahu lebih lanjut tentang ceritanya, klik sini Wikipedia. Leonardo DiCaprio yang mainkan watak severe autistic (Arnie). Arnie adalah seorang autistik yang terencat akal.

Masa tengok filem ni, tak tau pun apa-apa pasal autisme dan sebagainya. Yang saya tahu, Arnie ni budak terencat akal dan familinya berusaha keras untuk menjaga Arnie. Dia boleh bercakap walaupun tidak se-sempurna individu normal. LDCaprio dicalonkan untuk Anugerah Oscar buat kali pertama menerusi lakonannya dalam filem ni.

Satu lagi filem, Forrest Gump(1994). Sangat famous filem ni, semua orang pun tau, kan? Dalam filem ni, Forrest Gump (Tom Hanks) adalah seorang terencat akal (Mentally Retarded-MR). Bagaimanapun, dia dikatakan mempunyai sesetengah ciri-ciri autistik seperti sangat clueless dan cara percakapannya yang agak 'luar biasa'.

Ramai juga yang memperdebatkan tentang samada Gump adalah MR atau autistik. Sifatnya yang sangat lurus, jujur dan mudah mempercayai orang lain adalah gambaran sebenar tentang kebanyakan individu autistik dewasa. Majoriti mengatakan Gump adalah MR dan bukan autistik (kerana ciri-ciri autistik yang ada padanya sangat minimal). Rasanya isu yang sama juga boleh dibangkitkan untuk filem What's Eating Gilbert Grape. Apa-apapun, filem Forrest Gump ni sangat tinggi nilai moralnya dan memaparkan bagaimana individu istimewa pun boleh berjaya macam orang lain walaupun menempuh pelbagai kepayahan dan cabaran.


Filem Chocolate (2008) dari Thailand, juga tentang seorang autistik. Menariknya, kali ini, individu autistik yang dipaparkan adalah seorang perempuan, Zen. Saya belum sempat lagi menonton filem ni. Alkisahnya, Zen mempunyai kepakaran luar biasa dalam seni mempertahankan diri (martial arts).

Lain-lain filem tentang autisme, boleh tengok di sini, Autism in the Movies.

#p.s: Semua imej adalah ihsan google.



You have got to keep autistic children engaged with the world.
You cannot let them tune out.

~Temple Grandin




No comments: