Feb 27, 2010

Jom Mewarna!

Anak-anak saya memang suka mewarna, terutamanya Zarif. Setiap kali duduk mewarna, adik Zarif boleh fokus hingga sejam atau lebih. Suka betul dia mewarna, makin dia seronok kalau mewarna beramai-ramai.

Berlainan pulak dengan Abil, dia mewarna ikut mood. Kalau mood ok, dia boleh fokus sehingga habis keseluruhan gambar diwarnakan. Bila mood kurang baik, dia hanya akan duduk seminit dua, kemudian mewarna lagi dan kemudian, ditinggalkan saja walaupun belum siap kerjanya...
Kakak pula suka ikut adik. Bila adik dipuji sebab 'pandai' mewarna, cepat-cepat juga kakak duduk sekali dan mewarna dengan begitu cantik.

Yang pastinya, saya suka tengok adik, kakak dan Abil mewarna dengan tenang dan sangat relaks. Tidak tergesa-gesa. Tidak berebut-rebut pensel warna atau krayon. Agaknya aktiviti mewarna ni seperti satu TERAPI buat mereka.

Saya juga dapat lihat perkembangan masing-masing melalui aktiviti ni. Saya lihat bagaimana anak-anak belajar memegang pensel dengan cara yang betul serta memperbaiki grip mereka daripada lemah kepada grip yang sangat stabil dan konsisten.

Juga, bagaimana Abil belajar mewarna dengan sabar sehingga habis satu gambar sebelum beralih kepada gambar yang lain. Bukan senang bagi seorang anak autisme, walaupun mungkin tidak perlu dilatih bagi seorang anak normal.

Selain itu, saya lihat kemajuan dari segi kemahiran mewarna yang tidak seberapa (terkeluar daripada garisan, warna yang tak sekata dan cenderung memilih warna yang sama untuk keseluruhan gambar) kepada tahap mewarna yang agak baik dan cantik.

Kesimpulannya, jangan pandang remeh pada aktiviti mewarna. Ia salah satu cara untuk anak-anak mengembangkan kreativiti mereka, juga latihan ke arah kemahiran motor yang lain (seperti melukis dan menulis).


Make each day your masterpiece.
~John Wooden





2 comments:

maya amir said...

i luv colouring..mmg sonot melayan budak2 ni mengaler..heheh

Syahida said...

maya, i pun suka colouring...sekali sekala sempat tumpang sekaki dengan anak2..hehe