Mar 11, 2010

Homeschool?


Sambil membaca akhbar online, saya terjumpa artikel yang sangat menarik tentang HOMESCHOOL.Saya sebenarnya sudah lama tertarik dengan konsep homeschool ini. Pernah juga mencubanya di rumah semasa Abil berumur 5 tahun. Kenapa saya tertarik ??
  • Waktu itu, sangat susah untuk berjumpa sekolah yang sesuai untuk Abil. Memilih tadika/prasekolah untuk anak istimewa bukan mudah. Tambahan pula, tidak ada satu pun pusat intervensi awal (oleh NASOM) dibuka di sini setakat ini.
  • Saya lihat homeschool sebagai satu konsep menarik untuk mengajar anak-anak mengikut acuan yang kita kehendaki.Bukan mudah untuk melaksanakannya. Tapi tidak mustahil. Perlu ada silibus, perlu ada disiplin, perlu ada jadual dan perancangan, perlu ada sistem dan peralatan-peralatan pembelajaran yang sesuai, walaupun ia-nya berjalan di rumah sendiri. Saya salute Puan Hafiza kerana berjaya melakukannya secara konsisten dan terancang kepada anak-anaknya.
  • Saya juga suka dengan kaedah pembelajaran homeschool yang fleksibel dan menyeronokkan tidak seperti kebanyakan pusat pembelajaran di luar sana yang terlampau akademik dan boring (kecuali beberapa yang menggunakan sistem Montessori dan kaedah 'learn thru play'). Ibubapa boleh memilih atau menyusun silibus yang mereka ingini, atau mengikuti contoh-contoh silibus homeschool yang sedia ada (boleh tanya encik google). Di luar negara, terutamanya di US, homeschool dilaksanakan secara meluas dan sangat memberi manfaat khususnya kepada anak-anak istimewa yang sukar mengikuti pembelajaran di sekolah-sekolah 'main stream'.
  • Saya melihat homeschool sebagai satu peluang untuk 'bonding' dengan anak-anak. Melalui aktiviti-aktiviti seperti story-telling, arts & craft dan aerobics, anak-anak akan berasa sangat seronok kerana dapat melakukannya bersama cikgu kesayangan, tak lain dan tak bukan ibu mereka sendiri.
  • Saya juga nampak manfaat dari segi kos dan kewangan. Kos-kos menyediakan prasarana homeschool untuk anak-anak di rumah sebenarnya jauh lebih murah daripada yuran-yuran tadika/prasekolah di luar. Cuma, homeschooling memerlukan minat, komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada ibubapa.


Memang banyak kelebihan homeschooling ni sebenarnya. Bagaimanapun, amalan ini masih lagi satu 'taboo' bagi kebanyakan rakyat Malaysia dan banyak sekali persepsi negatif dan skeptikal tentang homeschooling. Antaranya;
  • Anak-anak TIDAK bersosial. Sebenarnya tidak, jika ibubapa mengambil langkah bijak dengan melibatkan anak-anak dengan aktiviti sosial seperti lawatan ke playground atau taman, ke masjid atau menghantar anak-anak ke kelas muzik, kelas berenang, kelas melukis dan banyak lagi (takkan semuanya belajar di rumah kan?Lebih baik lagi jika homeschooling dilakukan secara berkumpulan dengan anak-anak jiran, atau rakan ibubapa sendiri.
  • Anak-anak sukar mengambil peperiksaan awam (UPSR, PMR dan SPM) dan juga mendapat pekerjaan apabila dewasa kelak. Sebenarnya, anak-anak yang homeschool boleh menduduki peperiksaan sebagai calon persendirian. Bagaimanapun, langkah ini masih sangat asing di Malaysia, sekaligus mengundang rasa was-was dikalangan ibubapa. Juga, selagi orang ramai tidak menerima homeschool sebagai satu langkah positif membesarkan anak-anak dan dibenarkan(serta diiktiraf) di Malaysia, selagi itulah akan timbul pelbagai macam keraguan tentang-nya dalam pelbagai aspek. Lagipun, di Malaysia, 'paper qualification' dianggap terlalu penting.

Pengalaman saya melaksanakan homeschool secara ringkas dalam tempoh yang singkat suatu waktu dulu masih saya ingat. Kelam kabut juga menyediakan flash cards, poster, puzzle dan buku-buku latihan sendiri (ada juga yang dibeli saja). Jadual pun tak begitu teratur dengan kebanyakan aktiviti hanya sekadar tangkap muat saja. Yang pastinya, waktu itu saya rasa sangat enjoy dan puas. Perkembangan Abil juga agak memuaskan sewaktu umurnya 5 tahun.

Bila sudah bertemu dengan sekolah yang sesuai untuk Abil, terus saya melepaskan tugas homeschool secara perlahan-lahan (take-for-granted huhu).




dari google


4 comments:

Zuraini binti Zainal a.k.a Yuyeen said...

Ada jugak baca pasal homeschool kat forum mamafiza..tapi tak cukup ilmu...
anak2 ikut mood..nak ajar pun, kenkadang depa nak ikut, kenkadang tak nak..camne ek..?

PPKI SK Taman Bunga Raya 1 said...

homeschool ini sebenarnya idea yang menarik dan telah terbukti menarik.

ibubapa perlulah bersemangat tinggi dan jangan lah seperti hangat tahi ayam dalam melaksanakan homeschool untuk anak2...

Perkara yang baru dan asing memang dipandang sebelah mata oleh masyarakat kita tetapi itu tidaklah bererti bahawa homeschool tu tak akan berjaya...

Insyaallah kita pasti berjaya...

kami sokong mama kalau nak laksanakan homeschool dan pastikan mama bersedia fizikal dan mental yer..:)

Mommy Lyna said...

semoga beroleh kejayaan mama!

Syahida said...

Ani-->anak2 ikut mood and susah dgr arahan IBU mmg antara cabaran homeschool tp sbnarnya boleh ditangani...biasanya, awal2 je macam tu, bila dah biasa dan kena cara 'tackle'nya...insyAllah bisa diatur.yang penting IBU kena kretif (ni yg susah sbnarnya..hehe)

PPKI STBR1--->semmgnya dah byk bukti kejayaan homeschool, cuma di MSia masih kurang publisiti..xpe, publisiti tak penting, yang penting kesedaran, betul tak?
memang betol, homeschool perlukan kesediaan mental & fizikal, nampak je mudah :-)

MommyLyna--->thx for ur support....tgh atur persediaan ni, ntah bila nak launching...hehe