Apr 4, 2010

Kanak-Kanak dan IQ

Akhirnya, cita-cita untuk memiliki buku ni tercapai . Alhamdulillah! 

Sedikit sedutan daripada buku ini, 'Bab 2 Pendidikan Awal Kanak-Kanak' berkenaan Rumusan Kajian Dr. Glenn Doman.


~ IQ anak-anak akan meningkat dengan pesat jika dirangsang pada peringkat umur kanak-kanak dan berkurangan pada peringkat seterusnya.

~ Pembelajaran pada masa akan datang juga bergantung kepada apa yang diperolehinya semasa kecil.

~ Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak (akibat demam panas) masih boleh dirawat jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan.

Saya juga SANGAT tertarik dengan pernyataan-pernyataan berikut:-

" Interaksi antara ibubapa dan anak
merupakan FAKTOR UTAMA yang membantu melahirkan anak pintar..."

"Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibubapa yang PRIHATIN terhadap keperluan anak dan sering MELUANGKAN MASA berinteraksi dengan mereka."

" ...Ibubapa perlu memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin... ibubapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran si manja dengan berkesan seperti melalui ransangan, belaian, sentuhan dan sebagainya."


Kesimpulannya,


~ Jangan 'berkira' dengan masa yang diluangkan bersama anak-anak. Yang penting, masa berKUALITI bukan kuantiti.

~ Jangan biarkan mereka bermain sendirian. Sekali sekala (kalau selalu lebih baik), MAIN bersama mereka. Hidupkan kembali fantasi alam kanak-kanak anda yang TIDAK kesampaian...hehe

~ Proses pembelajaran untuk kanak-kanak tidak terhad kepada duduk belajar di kerusi, meja, buku-buku dan alatulis. Beri peluang mereka belajar dengan cara yang menarik dan menyeronokkan.


Children have neither past nor future;
THEY ENJOY THE PRESENT,
which very few of us do.

~ Jean de la Bruyere




No comments: