Apr 4, 2010

Abil dan RM berjuta! (episod 2)


Jumaat lepas, sekali lagi saya cuba tarik Abil untuk duduk bersama anak-anak tuisyen saya dalam usaha untuk melatihnya fokus dan duduk diam di dalam kelas. Aksi-aksi di bawah dirakam seawal 5 minit pertama adegan duduk dalam kelas.





Keputusan akhir; Abil hanya duduk untuk lebih kurang 5 minit sahaja. Sempat juga dia meyiapkan 2 mukasurat pada buku latihan yang diberikan padanya. Cukup-cukup 5 minit, terus Abil bangun dan beredar.


Teori saya;

  • Abil kurang selesa dengan kelas kali ni. Suasana lebih 'meriah' kali ni kerana bilangan murid yang lebih ramai (5 orang berbanding 3 orang saja dalam kelas sebelum ni).
  • Tempat duduk Abil yang kurang privacy ( sewaktu join kelas Tingkatan 2, Abil duduk di belakang kelas).
  • Ketiadaan buku ABC kegemarannya. Saya beri Abil buku lain, dengan harapan untuk menukar rutinnya dan 'bertukar angin'. Strategi gagal nampaknya.Tak apa, boleh cuba lagi.

Tips-tips pembelajaran untuk anak-anak. sekadar berkongsi pengalaman sendiri:-
  • Kenalpasti minat dan kesukaan mereka. Gunakan obsesi mereka untuk menarik perhatian dan memberi ganjaran apabila mereka mengikut arahan. Contohnya, kalau anak-anak sukakan Ben10, boleh print out kertas-kertas mewarna Ben10 yang boleh didapati secara online dan percuma.
  • Tempat dan suasana pembelajaran yang selesa. Tidak semestinya ada bilik khas, cukup sekadar suatu sudut istimewa dengan meja dan kerusi yang selesa serta alat-alat pembelajaran yang menarik (toys, puzzle, flash cards, buku-buku bergambar, komputer).
  • Alatulis yang sesuai dan berkesan. Contohnya, Abil lebih suka menggunakan pen berbanding pensel. Abil juga lebih suka mewarna dengan krayon dan bukan pensel warna. Jadi, saya biasanya berikan Abil sebatang pen dan juga krayon.
  • Buat secara berkelompok. Aktiviti secara beramai-ramai pastinya lebih happening daripada aktiviti solo. Abil juga lebih mudah diajak membuat sebarang aktiviti apabila melihat kakak dan adik terlibat sama.
  • Masa belajar yang pendek tetapi berterusan. Contohnya, jika fokus dan konsentrasi menjadi halangan utama, lakukan aktiviti ringkas dalam 5-10 minit, berhenti seketika , kemudian sambung kembali untuk sesi 5-10 minit yang kedua dan ketiga. Lagipun, anak-anak kecil cepat boring. Oleh itu, jangan biarkan mereka stress , akhirnya nanti kita akan 10x lebih stress daripada mereka.
  • Rancang aktiviti yang ingin dilakukan. Sekurang-kurangnya cari idea tentang perkara yang ingin dilakukan/diperkenalkan kepada anak. Tak payah susah-susah, yang penting ada rough idea dan bersedia dengan bahan-bahan. Kadang-kadang idea bidan terjun pun efektif juga. Ini sangat penting khususnya untuk anak hiperaktif.

Salah satu aktiviti kegemaran Abil, bermain water colour


A treatment method that will work for one child may not work for another child.The one common denominator for ALL young children is that EARLY INTERVENTION does work,
and it seems to improve the prognosis.

~Temple Grandin



2 comments:

keen said...

mokde is soo proud of abil!!!

Syahida said...

thx mokde, keep on supporting! Abil needs it :-)