Apr 13, 2010

1001 Ragam Tuisyen

imej google
Ahh..sakit kepalaku! Pening melayan karenah murid-murid sekolah rendah. 1001 ragam.

Melayan anak-anak saya sendiri boleh bikin migrain. Inikan pulak anak-anak tuisyen seramai 6 orang yang becok-becok semuanya. Sungguh menguji kesabaran.

OK. Sejak kebelakangan ini, murid tuisyen saya sudah semakin mesra sesama sendiri. Kalau awal-awal dulu, masing-masing malu. Sekarang tidak lagi, disuruh senyap dan tekun menghabiskan tugasan untuk jangkamasa 5 minit pun sangat susahhh....Aduhhhh!

Suara saya pun mula meninggi seminggu dua ni.Sesi 1 jam 15 minit terasa panjang. Bila saya marah, mereka menyengih saja. Langsung tak takut. Kadang-kadang bila dimarah, bersambung-sambung pula mereka menjawab. Grrrr....



Cikgu Syida: Sudahh! Sudah! tak payah berborak pasal hantu, nanti periksa takde
soalan pasal hantu, siapkan kerja cepat!
Murid A: Dia ni cikgu, bising je...
Murid B: Apa pulak aku, kau la....aku tak cakap apa pun...
Murid C: korang la bising, aku baik, aku buat kerja...
Murid D: Kerja aku da siap, aku baguss...
Murid E: Eleh...aku lagi bagus la...aku da lama siappp....
Murid A: Alaa...aku pun tinggal sikit je lagi...
Murid B: Aku lagi dah lama siap, tak bising pun....



dan seterusnya...Tak larat nak tulis. Sampai esok dialog tak habis.

Bayangkan, tempoh 1 jam 15 minit seminggu (untuk 1 subjek) yang diperuntukkan pada saya untuk mengajar anak-anak ini sangat singkat sebenarnya. Apalah sangat yang boleh dibuat kalau asyik berceloteh tak abis-abis.

*salute cikgu-cikgu sekolah yang berhadapan dengan kelas seramai 30-40 orang setiap hari*


He who dares to teach must never cease to LEARN
~ John Cotton Dana


4 comments:

keen said...

aku dpt bygkan...bc ni pn aku da gelak giler...kekekeke

Jennifer said...

My hats off to you Syida..
Not easy teaching anyone who fall in the category of kids.. infact even adults also can be so annoying to teach. It truly is a noble profession. Good luck with your classes and have fun most of all :)

Anonymous said...

+ Syabas yee Sheeda... Hahahahha... Kalau aku.. Tak tau laa... Ada plak yang report cikgu nie mendera.... Hahahha... + ALong +

Syahida said...

keen-> ko mmg suka nak gelakkan aku.. ;-P

jen-> thx Jen,teaching is NOT easy but i hv to admit that i kinda like it...minus the annoying parts..hehe

Along-> belum cuba belum tau...silap haribulan bukan cikgu yang mendera, cikgu yang kena dera...haha