Jun 28, 2010

Abil dan skill baru

Sejak 3-4 hari yang lepas, Abil SANGAT suka menaip di komputer. Asalnya, dia melihat saya menaip di komputer. Oleh kerana dia sangat suka menulis dan 'gila'kan abjad. Dia pun sibuk nak tekan keyboard juga. Tanpa membuang masa, saya pun terus ambil sebuah laptop buruk dan letakkan bersebelahan dengan komputer saya, supaya dia boleh menaip di komputernya sendiri dan saya boleh bekerja dengan aman. Jom tengok!


1-2-3 ACTION!

Hari Pertama


Excited menekan keyboard. Menaip dengan satu jari, sangat lambat sebab masih belum familiar dengan kedudukan huruf-huruf. Masih belum boleh mengawal jari-jarinya dengan baik. Tengoklah tu, macam-macam huruf keluar. Diajar menaip namanya tapi tidak mahu mengikut. Tidak mahu menerima arahan dan 'menepis' setiap kali saya cuba menunjuk kedudukan huruf dan mengajar cara menaip yang betul.

Hari Kedua


Lebih 'fleksibel' kali ini. Boleh mengikut tunjuk ajar apabila disuruh menekan untuk menjarakkan setiap perkataan. Abil juga mula menaip perkataan-perkataan yang diketahuinya. Perkataan kegemaran; 'yacht' dan 'coklat'. Dua perkataan ini, ditaipnya berulang-ulang kali.


Ini baju saya, Saya suka makan coklat, Saya suka makan aiskrim ~oleh saya.
Yang selebihnya, idea dan hasil tangan Abil.

Hari Ketiga


Oleh kerana sudah 'serasi' dengan laptop-nya, Abil sekarang menaip dengan kedua-dua belah tangannya, kiri dan kanan. Ada bagusnya juga, senaman yang baik untuk menyeimbangkan otak kiri dan otak kanan. Untuk kelainan, saya beri buku untuk Abil menaip perkataan-perkataan yang ada di dalamnya. Respon yang baik daripada Abil. Dia mula menaip berdasarkan buku. Tapi, selepas 5 minit, Abil mula 'merapu' hahaha....Tengoklah ni!



Skill baru Abil ni mengingatkan saya pada Carly Fleischman. (klik sini untuk baca). Kemahiran menaip boleh dimanipulasikan untuk pelbagai tujuan yang bermanfaat. Bagaimanapun, saya tidak mahu terburu-buru, biarkan Abil mahir setiap kemahiran baru satu persatu.



Don't underestimate persons with autisme, try to understand.
~Joell

4 comments:

norhamimah said...

terasa sangat bangga dengan Abil :))))

keen said...

dimanakah lg 2 hobbits di kala abil main laptop??? tidak jeles kah mereka???..huhu

Nur said...

wow...
terror abil...
bangga2... muahhhh.. ;)

Syahida said...

mimot/nur-> thank you very2 much...a small progress which means the WORLD to me. harap2 akan terus maju lagi :-)
keen-> hobbit2 yang lain tengah leka main. tak pulak jeles bila tgk aku snap gmbar abil bagai, dah 'lali' agaknya..hehe