Jun 27, 2010

Kisah anak Hiperaktif

dari google
Sebelum ni, saya pernah mengulas tentang anak hiperaktif, sila klik sini. Bagaimana nak handle anak hiperaktif? Anda boleh baca dan cuba tips-tips di sini.

Anak saya juga seorang hiperaktif. Kemuncak hiperaktifnya sangat dirasai semasa umurnya 2-4 tahun dan mula berkurangan selepas umurnya 5 tahun sehinggalah sekarang. Ya, dia masih lagi hiperaktif walaupun kini dia sudah jauh berubah berbanding dulu. Boleh mendengar arahan dengan baik, boleh bekerjasama dan membuat aktiviti dalam jangkamasa tertentu.

Cabaran anak hiperaktif? Banyak. Antaranya
  • Susah nak outing: Biasanya saya cuba libatkan kesemua anak-anak saya, samada yang hiper ataupun tidak. Kasihan kalau disisihkan. Memang penat dan mencabar outing bersama mereka. Tapi, mereka juga mesti diberi pendedahan dan peluang untuk keluar.
  • Susah nak ziarah keluarga, sanak saudara, kawan-kawan: Tak semua faham tentang hiperaktif. Ramai sangkakan hiperaktif = nakal biasa/lasak. Kalau sebut autisme, lebih ramai lagi yang tak tahu. Semasa anak saya masih kecil, saya hanya ziarah keluarga dan kawan-kawan terdekat. Kalau di tempat awam pun, ada yang sporting, tak kurang yang memandang sinis. Sekarang, keadaan anak saya sudah bertambah baik. Pendekatan tegas dan konsisten memang perlu dalam melatih mereka.
  • Anak susah belajar: Anak yang lasak masih boleh fokus dan duduk belajar/buat aktiviti. Tapi anak hiperaktif susah nak fokus. Ada juga yang agresif.Alhamdulillah. Anak saya tidak agresif. Tidak pernah mencederakan orang lain.Biasanya, anak hiper sukar fokus. Bila tidak fokus, mereka juga tidak meniru (imitate). Meniru adalah proses penting untuk belajar. Sebab itu, anak-anak yang normal mudah belajar sendiri. Anak-anak yang bermasalah pembelajaran (hiperaktif/ADHD/autisme) pula perlu dibimbing (intervensi awal).
  • Tak boleh makan sebarangan: Sebenarnya diet "no sweets, no chocolates, no ice-cream, no sugary drinks, no junk food, no MSG/food colouring/preservertives, no McDs/KFC/PIzzaHut/MarryBrown/KennyRogers/yang sewaktu dengannya" bukan terhad pada anak-anak hiperaktif saja. Ia juga sesuai untuk anak normal. Cabarannya ialah, makanan-makanan di atas sangat mudah didapati. Apa pun, yang penting inisiatif dan usaha.Kalau tak dapat amalkan diet ini 100%, cuba sedaya upaya untuk KURANGkan mana yang patut.
  • Rutin tidur anak yang sering terganggu: Simptom ini yang kedua 'memenatkan' selepas cabaran outing. Mereka sering terjaga tengah-tengah malam. Mereka juga kadangkala bangun awal pagi. Rutin tidur mereka tak seperti anak normal lain. Kebelakangan ni, nampaknya rutin tidur anak saya dah bertambah baik. Kalaupun ada episod bangun tengah malam/awal subuh, sekali dua saja sebulan/2-3 bulan (tak macam dulu).
Pengalaman anak saya


  • Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy), Terapi Sensori : Masalah hiperaktif ada kaitan dengan masalah sensori. Terapi OT dan latihan sensori yang kerap dan konsisten sangat membantu.
  • Terapi HydroAroma: Terapi yang menggabungkan manfaat essential oil (daripada tumbuh-tumbuhan), urutan dan senaman di dalam air ni sangat memberi impak. Lebih tenang dan relaks. Kesannya kadangkala berlanjutan sehingga 3-5 hari.
  • Terapi Al-Quran: Buat sendiri di rumah.Bacaan Al-Quran diperdengarkan sepanjang tempoh anak tidur.
  • Slow-talk atau sesi hati-ke-hati: Seeloknya lepas anak-anak baru terlena atau ketika mood-nya baik (lepas makan, lepas mandi, sambil-sambil baring/duduk/bersantai). Ikut cara Dato' Dr.Hj Fadzilah Kamsah ni, cuma buat konsisten. Kesannya kadangkala secepat 1-2 hari, ada masanya berbulan-bulan baru nampak kesan. Yang penting, kena yakin dan tawakal. Oh ya, doakan anak-anak sentiasa.
  • Intervensi awal (Early Intervention): Yang ini sangat penting dimulakan seawal umur 2-3 tahun. Lebih awal lebih bagus. Selain bagus untuk latihan kendiri dan pembelajaran, boleh juga bantu anak sibuk-sibukkan diri dan 'aktif' dengan cara yang positif.
  • Sokongan keluarga: Yang ini sangat penting dan membantu. Sokongan moral yang paling utama.
Sekian.


Untuk semua ibubapa anak hiperaktif, i share your misery.


Sudi-sudikan berkongsi tips-tips lain dengan saya :)


Jangan lupa untuk enjoy bersama anak-anak anda,
hiperaktif ataupun tidak.



14 comments:

ieda said...

salam..it's true...kadang2 susah nak bezakan hyperactive dgn nakal pada pandangan org biasa.autism jg ada banyak spectrumnya.hanya org yg memahami sj boleh menerima perlakuan anak2 ini.

Syahida said...

salam ieda, nakal & hiperaktif ni sama, tapi TAK serupa.kalau nak kepastian, rasanya elok ibubapa bawa berjumpa pakar. terima kasih atas komen :-)

Cikgu Sue [CS] said...

hmmm sy memahami...tp mmg salute pada ibu bapa anak2 istimewa...kesabarannya berganda berbanding cikgu2 yg hanya beberapa jam bersama mereka di sekolah...cuma cabaran kami di sekolah, perlu berhadapan bukan dgn 1org hyperactive, tp mungkin lebih...n mcm2 lg keistimewaan yg lain..p pun syabas mama!!!

Cikgu Sue [CS] said...
This comment has been removed by the author.
Syahida said...

salam CS, semua yang terlibat dengan anak istimewa (samada secara langsung atau tidak langsung) sebenarnya adalah mereka yang 'terpilih'. Anak-anak ni AMANAH besar, istimewa ataupun tidak, kena dibesarkan, dididik & dijaga dengan sempurna. Cikgu2 istimewa(macam CS)sama2 mainkan peranan penting dalam kehidupan mereka...mudah2an kita semua terus dikurniakan keSABARan dan kekuatan. Amin.

izhar said...

Salam. Alhamdulillah syukur kepada Tuhan, pengalaman ini dapat dikongsi bersama. Memang mencabar membesarkan anak-anak ini. Syabas kepada Puan kerana dapat meluahkan pengalaman supaya pembaca dan ibubapa terlibat dapat berkongsi. Dunia dah berubah, alhamdulillah. Semasa kami mula-mula mendapat berita anak2 kami tergolong dalam golongan istimewa, hancur dunia kami. Pada masa tu, AUTISME masih satu perkataan baru dalam vocabulari. Sekarang, banyak bantuan, tunjukajar dan nasihat boleh diperolehi. Teruskan usaha murni ini.

Syahida said...

Salam izhar, terima kasih atas sokongan. Sama2 la kita usaha untuk anak2 kita InsyAllah :-)

Dieyna said...

salam.. saya ada anak perempuan umor setahun 4 bulan.. sangat duduk tidak diam, ada je keje yg nak dibuatnya.. saya risau adakah dia ni seorang yang hiperaktif? mungkin mama boleh bantu saya kot berdasarkan pengalaman mama.. anak saya ni mudah sangat meniru, contohnya.. kita tekan butang power laptop untuk on kan laptop, dia pun akan tekan butang itu jugak.. jumpa kunci terus cari lubang kunci.. beberapa arahan mudah dia dah boleh ikut contohnya suruh salam, kiss ambil barang yang dia kenal... saya risau keaktifannya.. boleh tak mama abil bantu rungkai kerunsingan saya ni....terima kasih,,,

kent said...

Kanak2 ADHD sebenarnya x susah nak kenal. Paling mudah bila anak yang berumur 2 tahun masih tidak boleh bercakap kerana tiada 'eyes contact'. Anak saya dikesan awal krn arwah ayah seorang guru hal ehwal murid yg pernah mengendalikan beberapa kes ADHD. Walaupun dia blh berckp setelah menjalani terapi pertuturan namun sukar memahami apa yg dia ingin sampaikan.Beza yang ketara jika kanak2 lasak & aktif, mereka akan tertidur keletihan selepas bermain manakala kanak2 ADHD sukar tidur dan sentiasa bergerak walaupun sedang menonton tv. Skrg anak saya di form 1 sekolah biasa, dia boleh membaca sewaktu umur 4 thn dan seblm pandai berckp. Utk berkongsi lebih lg, blh 'friend' saya di FB dengan nama Siti Nor Akhtar Sami'aun. Mudah2an Anak2 kita dpt dibantu melalui pengalaman masing2.

Anonymous said...

anak saya umur 3 tahun aktif sgt dati umur 1 tahun lg, belum pandai bercakap n ada adik umur 6 bulan, dia bukan setakat aktif tapi juga agresif, pantang jumpa budak kecik, sebaya atau lebih besar semua pun dia tolak. dah beberapa kali terjadi dia tolak budak n budak2 tu ada ug benjol, lebam luka m byk lg kecederaan lain. kalau balik kg sepupu nya semua mmg pulaukan dia. hati ibu mana yang tak sedih, sudah di pujuk dan diajar berkali-kali tentang perangai 'buas" dia namun dia tetap x faham, byk kali ajak suami jumpa doktor pakar, suami x setuju, katanya anak kami normal..

kent said...

Maaf kepada Warkah Dari Mama, terima kasih kerana membuat entry ini dan memudahkan saya berkongsi pengalaman. Masa mula2 arwah ayah menasihatkan saya utk berjumpa Pakar Kanak2, suami saya tdk blh menerima malah beberapa bulan x mahu balik ke rumah ibubapa saya. Dia kecil hati kerana arwah ayah kata anak dia x normal.Saya pujuk dan berdoa supaya hatinya lembut. Alhamdullilah skrg dia yg lebih peka terhadap anaknya. Memang malu sbb orang sangka kita x pandai didik anak. Ada yang kata budak tak betul, kawan2nya kata gila. Sedih mmg sedih tp kuatkan semangat krn mengasingkan anak ini akan memburukkan lagi keadaannya.

kent said...

Awal dulu saya x perasan, bila saya pakai baju merah, kuning @ oren ( warna kegemaran saya) Amal Hazim jadi x keruan, menerpa saya secara tiba2, meronta2 atas dokongan dan berpaut serta memanjat2 badan saya. Saya terfikir warna boleh mempengaruhi perasaan kita, sayapun beralih arah. Baju kami sekeluarga berubah kpd biru , coklat, hijau muda... hasilnya mmg terbaik.Betul Kata Dr. Pakar yg merawatnya, hanya orang sekeliling yg boleh membantu anak2 ini membina personaliti diri.

Dr Wan said...


Assalamualaikum..kepada ibu bapa yg memiliki anak istimewa seperti masalah Autism,Dyslexia,Cereb Palsy ,Sawan sila berhubung terus dengan saya untuk mendapatkan rawatan secara holistik di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak.Jaminan dlm tempoh 6 bulan akan menampakkan perubahan.
call/whatapp-019 6676236 -Dr Wan

JnJ said...

Salam puan..fb puan apa ya?