Jun 24, 2010

Jom naik motosikal!

Sebelum ni anak-anak saya dah merasa naik keretapi. Naik motosikal?? Memang tak pernah. Setakat duduk atas motosikal (yang sedang parking) memang pernah. hehe

Pengalaman pertama anak-anak saya, bersama Pakcik Md Nur.


Thank you Pakcik! First time enjin motosikal dihidupkan depan Abil dan Abil diajak naik, terus dia cabut lari. Laa...selama ni ingatkan Abil berani sangat nak naik motor, rupa-rupanya t.a.k.u.t.

Adik Zarif pulak, bila disuruh naik sekali, "Adik tak nak, adik takut" .Kak Dina memang pantang dipelawa, terus meloncat naik motor. Bila kak Dina dah duduk, saya pun cuba pujuk Abil dan dukung perlahan-lahan ke motor. OK, dia nak duduk. Bila tengok abang dah duduk, adik Zarif pun terus teruja dan melompat sama. Tempat duduk adik first class, dalam bakul.hehe
Nak tengok aksi mereka...Jom!


Untuk anda, jangan lupa pakai helmet ya!

Serikkah anak-anak ini naik motor??
Oh...TIDAK! pantang nampak kelibat Pakcik, mesti nak ajak naik motor.haha



No comments: