Aug 4, 2010

Jom buat kraf Ayam!


Ini aktiviti kami minggu lepas.Saya dapat idea daripada mama Homeschool.

Kami buat Hand Print Chicken Craft.




Bahan-bahan:
Pinggan kertas (paper plate), gam, gunting, kertas/manila kad berwarna, magic pen.

Cara-cara:
Lukis bentuk badan dan kepala ayam pada pinggan kertas. Gunting.
Minta anak-anak lukis handprint mereka pada kertas/manila kad.
Buat 2-3 keping. Gunting dan tampal handprint untuk dijadikan ekor ayam.
Lukis pula handprint untuk balung ayam.
Kalau handprint anak agak besar untuk saiz balung ayam,
lukis saja secara bebas (free hand).
Jangan lupa kaki ayam dan lukiskan mata.
Kalau tak nanti, ayam anda cacat dan buta...hahaha.

Ok.Sila layan gambar.


Misi aktiviti kraf minggu ni tercapai.
Kena cari idea baru.

Di sini banyak aktiviti menarik, Craft My Day.
Percaya atau tidak, adik Zarif yang jumpa site tu.


Jumpa lagi!

2 comments:

iCaLoVeZiE said...

Saya mesti spare time untuk aktiviti camni la.. bestnya nengok.:D

Syahida said...

Ica, buat la..best tau cuma kena RAJIN kan diri je.
saya 'paksa' diri buat sbb Abil suka arts & craft sbnrnya, tapi nak hantar ke kelas formal, takut cikgu2 tak sanggup sbb dia hiper dan 'attention span' sangat singkat.
gud luck 2 u!