Oct 15, 2010

Sesi bersama Abil (di sebalik tabir)

Sehingga ke hari ini, dah hampir 4 kali saya bersesi 30 minit bersama Abil (tak termasuk sesi percubaan minggu sebelumnya). Alhamdulillah,nampaknya Abil dan saya sendiri sudah semakin biasa dengan rutin baru kami.


Ada banyak perkara menarik yang berlaku hampir setiap sesi i.e. 'di belakang tabir'..jeng jeng jeng
  • Walaupun Abil nampak seronok untuk masuk ke bilik tuisyen playroom kami apabila dipanggil, dia sebenarnya seringkali cuba untuk bangun dan tak mahu bermain dengan sesetengah permainan. Paling dia tak suka, main blocks dan playdoh. Sekarang, dia masih kurang gemar pada blocks, tapi sudah agak berminat dengan playdoh.
  • Adik Zarif selalu tension menjadi penonton. Buat masa ini, saya dinasihatkan untuk membuat sesi dengan Abil seorang. Bila sudah mahir, barulah boleh melibatkan kakak dan adik. Untuk berlaku adil, terpaksa pula saya buat sesi berasingan dengan adik setiap kali selepas sesi dengan Abil *Fuhhh...
  • Misi saya supaya adik Zarif sekadar menjadi penonton selalunya hanya tinggal 'misi'. Jadi, sebagai langkah alternatif, saya 'lantik' dia jadi assistant saya. Setiap kali diminta, dia akan serahkan kotak reward Abil kepada saya. Dia juga akan tolong alihkan kotak-kotak permainan yang dah digunakan ke tepi. Kadang-kadang dia pulak ambil giliran bermain di sebelah (dengan senyap). Pada kebanyakan masa, saya suruh dia jadi cheerleader. Bila abang Abil main dengan elok, saya suruh dia ikut saya bersorak dan tepuk tangan...haha * sangat comel.
  • Masa Abil leka bermain, biasanya saya akan mengulas setiap perbuatannya ataupun sekadar menyanyi-nyanyi kecil. Tujuannya, untuk merangsang kemahiran bercakap dan menambah kosa katanya (sambil mendengar). Yang lucunya, ada masanya Abil akan tepuk pipi atau mulut saya secara tiba-tiba bila saya agak 'over' bercakap atau menyanyi..haha. Nak suruh saya DIAM la tu..huhu. Sabar mak, sabar.Biasanya saya geletek dia supaya dia ketawa.
Ok.cukuplah tu.Bersambung.

Nak tengok gambar assistant comel saya, sila lihat di bawah.



4 comments:

Mahani Muhammad said...

comelnya assistant dia...
emm...mmg macam tu la kan bila nak ngajar budak2. kadang2 akan nampak mcm kita yg t'lebih excited. Pernah jugak jiran saya kata (dlm nada agak sinis) yg saya ni t'lebih excited ajar anak...kadang2 tu bila nyanyi hanya suara saya saja yg kedengaran. mula2 tu terasa hati jgk bila ada yg kata cam tu. tapi bila fikir balik, kalu tak buat mcm tu macamana anak2 kecil nak ada semangat utk belajar kan? skrg ni saya fikir positif. tak kisah apa org nak kata. yg penting saya ikhlas dan b'sungguh2 utk ajar sendiri anak2 di rumah.

Syahida said...

mahani, memang SANGAT comel assistant saya tu..hehe

saya setuju dengan Mahani. bila bersama anak-anak (terutama time belajar) memang kita kna 'over' bab2 ekspresi ni..baru anak2 berminat..kalau tak, mesti macam lesu je.

biarlah apa orang nak kata. mungkin diorang tak biasa. asalkan anak-anak mendapat manfaatnya insyAllah :)

iCaLoVeZiE said...

dengar macam ni rasa nak berhenti kerja. nak pay attention pada ayesha sorang :(

Syahida said...

ica, kalau mampu memang elok kalau dapt fokus pada ayesha sementara umur dia masih peringkat prasekolah ni...fasa sangat kritikal untuk belajar.

paling tidak pun, ambil unpaid leave beberapa bulan.

kalau tak, memang kna sacrifise byk masa dan tenaga sebab nak juggle kerja dan anak, esp yang istimewa.

just my 2 cents :)