Jan 3, 2011

Ada apa tentang Autisme dan visual

pinjam dari google


Berkenaan entri ini, seorang rakan blogger bertanya samada mengingati/mengenal individu lain adalah satu masalah bagi seorang autistik? *terima kasih kerana bertanya. Malu bertanya sesat nanti..hehe

Hampir semua individu autistik bersifat 'visual'. Ya, mereka mungkin lewat bercakap atau ada masalah pertuturan, kadangkala mereka tidak boleh mendengar dan bercakap pada SATU masa (dua fungsi sensori berjalan serentak). Tapi, kelebihan mereka adalah pada sensori penglihatan. Mereka melihat sesuatu lebih 'detail' daripada individu BUKAN autisme. Penglihatan mereka lebih tajam dan lebih 'nampak' daripada kita.

Jadi, apa kaitan dengan soalan tadi? Begini, mengingati/mengenal sesuatu bukan satu masalah bagi individu autistik. Sebenarnya, mereka mempunyai memori/daya hafalan yang SANGAT kuat.

Mereka adalah visual learner. Kuncinya, bila anda ingin mengajar atau memperkenalkan sesuatu kepada mereka, gunakan gambar, video atau demo sendiri. Mereka akan faham secara automatik, berbanding menggunakan percakapan/arahan verbal. Jika anda setakat menerangkan melalui kata-kata, mungkin mereka hanya akan faham selepas diulang berpuluh-puluh atau mungkin, beratus-ratus kali. Mesej lambat 'sampai'. Nak mereka cepat 'pandai', tunjukkan mereka gambar, anda akan lihat impak yang mengkagumkan.

Saya sangat galakkan anda baca ini untuk anda lebih faham apa yang saya cuba sampaikan. 


Kepada yang membaca, syabas dan terima kasih :)



2 comments:

keen said...

yg penting abil kenal mokde die :D

Syahida said...

suka lah tu :D