Jan 25, 2011

Bila Abil bermain (episod 7)

Sesi saya bersama Abil masih berjalan. Sekali sekala kena juga tiupan angin m.a.l.a.s, saya tetap adakan sesi walau setiap 2-3 hari.

Dalam sesi bermain, ada juga sesi 'belajar' (tabletime). Saya pernah sebut sebelum ini, katakan dalam satu sesi 1 jam, mungkin ada 4 sesi bermain dan 4 sesi tabletime yang berjalan secara bergilir-gilir, setiap 5-10 minit. Sesi 'belajar' pun sebenarnya bukanlah belajar cara konvensional. Buat masa sekarang, Abil masih diterapkan dengan kemahiran meniru, memberi tumpuan dan fokus, serta menajamkan sensori melihat dan mendengar melalui teknik-teknik yang telah saya pelajari bersama ANDI Initiative. Kadang-kadang ada juga saya selitkan sedikit pengisian akademik.


Semasa playtime, Abil (atau anak yang terlibat) bebas melakukan aktiviti yang mereka suka. Bermain dengan alat permainan, menyanyi, membelek buku atau lain-lain aktiviti interaktif. Kiranya ini adalah 'waktu rehat' dalam sesi terapi.

Untuk Abil (yang dah nak masuk 8 tahun), kadang-kadang permainan bukan satu tarikan. Jadi, saya suka selitkan aktiviti arts and craft sebab dia suka menggunting dan menampal. Saya buat yang simple saja.



Sambil suka-suka, sambil praktis kemahiran menggunting.
Nampaknya semakin baik.

set gunting (dengan mata gunting pelbagai corak) yang saya beli pada harga RM10 . 10 dalam 1.

khusyuk

bersemangat menampal

guna magic colour pulak

Hasilnya.
Tak ada tema. Aktiviti tampal +gunting+conteng. Sesuka hati.
Objektif: belajar fokus dan meningkatkan saya tumpuan (attention span)
30 minit pun dia boleh duduk berterusan, kalau diberi gunting dan gam ;)


Nama aktiviti: File Folder
Abil melakukan aktiviti matching
. Kertas kerja (hanya sehelai pada satu-satu masa) diselitkan ke dalam fail. Saya hanya jadi 'pemerhati'.
Segalanya dilakukan sendiri, membuka fail, membuat tugasan, menutup dan
menyerahkan fail kembali.
Objektif: melatih menyiapkan tugasan secara berdikari

Menggunakan cat warna dan krayon (secara bebas).
Kegemaran anak-anak saya, termasuk Abil.

oh ya, Nurhan Zarif tak mahu ketinggalan.
"Ini gambar monster" Zarif merujuk pada lukisannya :)

Saya akan kembali bersiaran.

Stay tuned!

6 comments:

Azma said...

memang kreatif ibu abil ni.. suka saya tengok.. teruskan usaha ye!!

beli kat mana gunting2 dgn harga rm10 tu? murahnyee.. kat sini rm10 dpt la 2 bilah, x pun 1 1/2 bilah..hehe..

Syahida said...

Azma, tak kreatif mana pun,semua idea 'redah aje'...hehe.gunting tu saya beli masa sale Kedai Buku Popular..harga biasa dalam RM20. mmg berbaloi2 :)

ja amran said...

aku suka set gunting tu...ehehe


aku rasa abil ni ada ciri2 kreatif, atleast dia leh express thru arts craft tu kan..

marbeles!

Syahida said...

ja, mmg best gunting2 tu...syiok pakai *mak pulak yg over hehe

mmg intention buat arts & craft utk stimulate creativity dia. hopefully berhasil :)

Farahliza Isa said...

bagusnyer kak, sgt bersgguh dn kreatif...akak patut jadi guru utk ramai lgi kanak2 mcm abil, mesti ramai yg dapat manfaat...:)

Syahida said...

farah->hehe..mana de..tak cukup bagus lagi dek.idea bidan terjun je semua tu...huhu. InsyAllah..insyAllah..doakan ye! hasrat tu mmg ada...mudah2an makbul.Amin