Jan 13, 2011

Sehari sebiji kurma

pinjam dari google

Sejak Ramadhan lepas, saya latih Abil makan kurma. Kak Dina dan Zarif juga. Sudah masuk bulan Safar dan Abil masih makan kurma setiap hari. Tabiat yang sebenarnya satu 'paksaan' pada minggu-minggu awal. Semalam, dia sudah pandai minta kurmanya sendiri.

Abil: Nak kismisss... (balang kurma di depan mata)
Saya: ??? (
blank)

Abil: Nak kosmosss...(masih memandang bekas kurma)
Saya: ??? (masih buat-buat
blank, walaupun dah tahu dia nak apa..)

Abil: Nak kurma..
Saya: ok!
(sambil tersenyum membuka bekas kurma. Dalam hati,
Yesss! Yes! Yes! Abil-ku berjaya request..hehe)

Saya bermula dengan hanya 'mencalit' rasa kurma pada lidahnya. Saya lakukan ini setiap hari. Ya, hanya calitan rasa. Tak ada secebis pun kurma masuk ke mulutnya. Itu pun muka dah 1001 macam.

Lepas beberapa minggu, saya cubit sikit-sikit dan cecahkan ke mulut Abil. Rasanya manis, tak mungkin dia
reject rasa kurma. Yang mungkin dia kurang berkenan, adalah teksturnya. Abil hanya mahu kurma lembut kulitnya dan senang dikunyah.

Sesetengah anak autisme sukar 'menerima' makanan baru. Salah satu isunya, masalah sensori.
Picky eater adalah istilah yang biasa digunakan untuk anak-anak ini. Boleh baca di sini.Sehari sebiji kurma, bukannya banyak pun. Ada masanya, separuh biji di sebelah pagi dan bakinya di sebelah petang. Saya harap Abil akan terus makan kurma selepas ini. Saya hanya perlu risau tentang stok kurma saya. Susah betul nak jumpa Yusuf Taiyob selepas Ramadhan di sini.

Bagi saya, tabiat makan kurma sangat praktikal. Harganya berpatutan dan agak mudah didapati. Tak perlu berbelanja mahal untuk makanan tambahan yang serba lengkap.


Bak kata omputih ,
An Apple a Day, keeps the doctor away


Saya kata,
A kurma a Day, keeps you Up up and away!! *hehe


14 comments:

kloset said...

lama menyepi.... bz eh?

good habit la kurma tu, leh la kitorg try gak :D

Syahida said...

aloo mek, bz la jugak..kurma is good indeed. must try asap, esp now that u r preggy :)

Edi said...

superman!

Syahida said...

haha ya tak ya edi. up up and away, superman lah jadinya kan? :)

Edi said...

teringat superman sbb dulu imran pernah ade patung superman yg ade button, bile tekan button tu akan keluar suara superman tu 'up up and awayyyyy'... nostalgia sbb dulu dia asyiklaaaa tekan button tu sampai naik muak dengar ayat tu :D

kurma tu, bagus sgt!

Azma said...

Jarang update blog skrg..sibuk jaga abil ye! :)
Anyway, good habit tu..teruskan..

Syahida said...

salam azma, nak kata sibuk jaga Abil tak juga..Alhamdulillah, dia dah tak perlu di'jaga' setiap saat macam dulu. cuma terkejar nak buat sesi terapi dengannya setiap hari di rumah..mana nak sediakan bahan lagi..ni pulak kelas tusyen da nak mula..bertambah sibuk la jawabnya..

nurminah said...

Salam.

Kak, nak tanya..Abil makan minyak ikan Omega 3 tu yang capsule ke?Saya cuba bagi anak yang capsule tapi dengan cara koyakkan capsule tu..so rasa hanyir ikan tu buat dia susah nak telan..kesian pulak bila paksa2...

Syahida said...

Salam nurminah, mmg akak bagi yang kapsul. macam awak juga, akak gunting dan keluarkan minyaknya ke dalam sudu, trus suap. so far dia boleh tolerate rasanya.tapi kena paksa juga awal2 dulu. awak bagi jenama apa? akak bagi yang cosway punya (tak hanyir sangat).sebelum ni pernah bagi jenama Viva, pun ok.

Mahani@mamahomeschool said...

mmg bagus kalau amalkan makan kurma ni. Saya sendiri pun skrg ni cuba utk makan sebiji sehari.

Syahida said...

mahani, teruskan...bagus utk ibu dan bby dalam perot tu :)

maya amir said...

bagusnye abil,...makan kurma.. danial suuusahh sgt.. mase bulan pose jek..tu pun dah kene jengil..hehehe

Syahida said...

maya, i guna teknik paksarela..haha...sometimes u hv to be cruel to be kind..hehe

shazalyza said...

syida, kurma yusuf taiyob ada jual kat s.alam ni, whole year... kalo nak, aku blh poskan kat ko...