Feb 14, 2011

Bermain dan belajar


Bermain puzzle ialah antara aktiviti yang kerap Abil lakukan ketika sesi terapi kami. Walaupun set puzzle kami agak banyak, kalau diulang-ulang set yang sama membosankan juga.

Biasanya, saya cuba beri kelainan dengan kadangkala menyuruhnya membuat puzzle tanpa frame yang disediakan. Kadang-kadang, saya campur-adukkan 2-3 set puzzle yang mudah untuk memberi sedikit 'cabaran' (tapi, yang 12 keping punya lah), bersesuaian dengan kebolehan Abil.

Setakat ini, Abil masih belum mampu membuat puzzle 40 keping dalam satu-satu masa (tanpa bantuan). Untuk menggalakkannya dan memberinya semangat, seringkali saya keluarkan 15-18 keping puzzle dan dia akan susun dengan senang hati. Perlahan-lahan, saya akan naikkan jumlah puzzle yang perlu diselesaikan sehinggalah akhirnya nanti, dia akan berjaya buat 40 keping sekaligus (insyAllah).



Bila buat puzzle, dia belajar sabar.


Bila main puzzle, dia tekun dan fokus.

Bermula dengan puzzle yang hanya ada 3-5 kepingan besar, kini Abil sudah melangkah ke 15-18 kepingan puzzle saiz sederhana. Oh ya, saya rasa saya perlu 'melabur' dengan set puzzle baru.


Lain-lain aksi Abil berterapi, boleh klik sini.
episod 2
episod 3
episod 4


2 comments:

ICAZIESYIRA said...

ayesha baru start dgn peg puzzle. ade juga puzzle 6 keping. tapi cuma keluarkan 2 keping bagi dia buat.

Syahida said...

good.good.slowly dek..one day, she'll be doing what abil is doing now :)))