Feb 8, 2011

Bila Abil berterapi HidroAroma

Antara terapi yang dilakukan untuk Abil ialah terapi HidroAroma. Seminggu sekali, Abil akan menjalani terapi ini selama lebih kurang 30 minit di pusat intervensinya.

Asas kepada terapi ini ialah penggunaan air (hidro). HidroAroma menggabungkan penggunaan buih-buih air, urutan dan pergerakan badan (di dalam tab) dan juga bau-bauan semulajadi yang terpilih.

Sudah lebih setengah tahun Abil berhidroAroma. Dia sangat sukakan sesi ini. Kalau nak tahu, 3-5 sesi pertama, dia sangat takutkan bunyi mesin hidro itu dan juga buih-buih yang terhasil.Di peringkat awal, dia menangis dan takut. Tapi, bila ia sudah menjadi rutin, tak ada masalah lagi.

Kepada pembaca Muslim, boleh rujuk sini untuk tips mengatasi masalah anak hiperaktif.

2 comments:

Dila Si Mama Dzariff said...

Boleh tak nak bawa Dzariff utk hidroterapi tu? happyland bagi tak agak-agaknya?

Syahida said...

Dila, asalkan bayar, boleh saja. nanti akak bagi ctc info. dorang akan arrangekan schedule semua..fee-nya pada akak dalam kategori affordable la..