Mar 22, 2011

Bila Abil bertukar sekolah

ihsan google

Bak kata seorang kawan, perubahan adalah 'penderaan' kepada anak autisme. Kalau difikir-fikirkan, individu bukan autisme sekalipun, kadangkala sangat 'takut' dan tak suka pada perubahan.

Berbalik kisah Abil, setakat ini, dia sudah 'lali' dengan perubahan-perubahan kecil. Sudah 2-3 tahun dia melepasi 'fasa' itu. Saya lega tapi kadang-kadang risau pula, sebab dia nampak seperti tak peka langsung pada sebarang perubahan. iskisk...gitu pulak!
Bila Abil sudah sedikit 'dewasa', dia semakin FAHAM bahawa perubahan-perubahan kecil ini selalunya tak bermakna apa-apa (harmless). Selain itu, masalah sensorinya juga sudah tidak begitu ketara berbanding 3-4 tahun dahulu.


Hari ini, sudah masuk hari ke-2 Abil di sekolah baru. Daripada pandangan mata kasar dan juga cadangan kawan dan kenalan, saya lihat persekitaran sekolah barunya sangat 'kondusif'. Saya positif dengan pilihan yang saya buat. Tapi, setiap kali Abil berdepan dengan perubahan besar, saya jadi risau +resah+ bimbang. Susahnya untuk kekal positif.


Abil melepasi 'ujian' hari pertama dengan cemerlang. Sangkaan saya, dia akan jadi extra hiper (sebab teruja dengan tempat baru) dan sukar duduk diam. Saya juga menjangkakan yang dia akan tantrum, atau paling tidak pun, menangis. Menggunung risau saya. Rasa bimbang, kasihan dan kusut mencanak-canak bercampur baur dalam kepala saya. Isk isk.Susahnya jadi ibu.

Bagaimanapun, sangkaan saya MELESET.

Wajah sedih dan pelukan erat Abil yang saya tinggalkan selepas sesi bertemu Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di sekolah barunya, sudah cukup untuk membuat saya menangis seorang diri dalam kereta. Termasuk hari ini, sudah 2 kali saya berterapi air mata dengan Zarif yang termangu-mangu di sisi.Bukan meminta simpati, bukan juga mengada-ngada. Tapi, menangis untuk meredakan emosi. Abil pula membuktikan sebaliknya (setakat hari pertama, harap-harap berterusan). Dia yang bertukar sekolah, mak yang menangis. Dia yang berpindah sekolah, mak yang sedih.


Concern seorang ibu setiap kali anaknya berdepan dengan suasana sekolah yang BARU adalah normal. Tapi, untuk seorang anak seperti Abil yang masih belum cukup 'verbal', concern saya berlipat kali ganda. Dia tak pandai bercerita pengalaman hari pertamanya seperti anak-anak lain. Dia belum boleh meluahkan rasa takut, berani, suka, duka, sedih atau gembiranya pada saya. Matanya melihat, telinganya mendengar, hatinya tersentuh, tapi semuanya dipendam dalam hati. Saya hanya boleh meneka. Saya hanya boleh membuat andaian saja.

Saya hanya boleh berdoa dan tawakal. Minta yang baik-baik saja, dijauhkan dari segala kesusahan, kesakitan dan kepayahan daripada Abil.

Kalau saya sedu-sedan di dalam kereta, Abil pula dengan macho-nya berdepan dengan semua yang BARU di sekolah semalam. TIADA air mata, tiada lari sini sana, semua ok. Cuma mahu selalu pegang tangan cikgu (rasa insecure agaknya). Begitulah yang dilaporkan oleh cikgu/PPM. Bagus, cukup bagus. Saya lega. Pagi ini juga tiada masalah masa dikejutkan untuk bersiap ke sekolah. Petanda baik.

Doa saya masih berbakul-bakul. Banyak lagi hari-hari yang perlu dihabiskan sementara Abil membiasakan diri di sekolah baru. Ibarat roda, ada kala kita di atas, ada masa kita di bawah. Saya harap, kalau pun tidak sentiasa di atas, janganlah saya jatuh 'menjunam' ke bawah. Positif Syahida!

Saya tahu Abil seorang survivor
.Saya harap dia terus kuat dan matang, InsyaAllah!

13 comments:

Zuraini bt Zainal said...

kita pun tumpang sedih...hanya ibu yang memahami perasaan ibu yang lain...sob..sob..sob...sebak lah...

Syahida said...

Alahai ani oii, kalau awak ada kat sebelah, confirm saya peluk kuat2 sambil nangisss.huhuhu

shogun_na said...

Ina mengalaminya juga...itu hanya berpindah rumah taska (Taska ini ada 3 rmh) Berpindah ke umur 3-4 thn walhal ketika itu dia baru 2 thn lebih, sedih...mamanya emo kesian kan dia. Kena transfer due to byk budak2 kena gigit dgn Ammar... ;( terlalu emo smpai tak dpt menilai disebaliknya. Finally, habit tue hilang. Mamanye bersyukur dan berterima kasih kpd penyelia yg berusaha menangani mslh ini...

Syahida said...

Ina, susahh jadi ibu ni...kadang2 kita yg emo, anak2 takde mende pon..hehe apa pun, perubahan tu perlu, terutamanya utk improve keadaan yg sedia ada. tapi perubahan pun ada 'bayaran'nya. so, kena pandai2 adjust mental, fizikal & emosi..kan?

Edi said...

syida, abil masuk sekolah biase ke?
takpe nangis syida.. sy pun sellau gak nangis sorang2.. lps nangis br lega... hehehehe... i'allah abil ok tu.. :)

Syahida said...

edi, Abil still in pend khas(but in a new school).. if properly trained and given the chance, insyAllah he may enter mainstream..as for now, i hope things will be better for him (as far as special ed is concerned).

Syahida said...

and yes edi...nangis tu bagus..memang LEGA :)

Dila Si Mama Dzariff said...

haiyooo...nangis pulok doh. abil will turn out just fine. don't worry too much. itu kan kelas pendidikan khas terbaik PPDJB. cheer up! kalau anything goes wrong, i know where to push the bomb!

Syahida said...

dila, thank u for being concern and VERY supportive...i know i can always rely on u..muahhhhh :D

Anonymous said...

Be brave syida....insyallah everything will turn out okay..miss u...silent readermu, aishah kuantan.

Syahida said...

yup aishah...must b brave! tq.i lap u :D

Anonymous said...

Mak Tuk pun turut sebak,apa pun mohonlah kepadaNYA,apa saja, kerana hanya DIA yg maha mendengar,maha pengasih ,maha penyayang,maha pelindung dan maha segala-galannya!

Syahida said...

sama2 doa ye Maktuk :)