Apr 22, 2011

Bila Abil menulis (episod 2)

Alhamdulillah, anak saya dah pandai menulis. Belajar pegang pensel sejak berumur 3 tahun. Umur 4 tahun, mahir menulis secara tracing (ikut garisan dot-dot). Umur 5 tahun, sudah boleh menulis free hand. Cukup ke sampai setakat ini? Belum lagi.

Bila sudah pandai free-writing, tulisannya pula besar-besar dan macam 'ulat bulu'. Masih belum pandai menulis di atas garisan, ala-ala cacing kepanasan gitu. 2 tahun jugalah saya biarkan tulisannya begitu. Cuba juga untuk ubah tulisannya, tapi saya tak tahu teknik yang sesuai untuk melatihnya. Selain itu, tak cukup latihan.

Hujung tahun lepas, saya nekad. Saya mahu upgrade tulisannya. Dia pun boleh tulis secantik orang lain. Saya lihat tulisan-tulisan anak-anak rakan (yang ada autisme dan bukan), cantik-cantik tulisan mereka. Kagum. Saya bandingkan tulisan Abil dengan kak Dina dan zarif. Walaupun tulisan kak Dina tak berapa nak cantik (hehe), sekurang-kurangnya masih boleh dibaca, kemas, atas garisan dan saiznya 'sedang-sedang' saja.

Berbekalkan sedikit panduan daripada Teacher Syikin (Occupational therapist
Abil) dan juga daripada pembacaan, saya latih Abil di rumah. Tak lama pun. Hanya 10-20 minit setiap hari (tiba-tiba teringat, dah 3-4 hari tak buat latihan menulis huhu). Apa pun, kita layan gambar-gambar Abil menulis...


Abil buat banyak jenis latihan. Sambil menulis, sambil mengenal nombor. Sambil menulis, sambil belajar membaca. Sambil menulis, sambil asah ingatan (buat ejaan, dsbnya). Yang pastinya, misi saya sekarang, belajar tulis atas garisan. Kalau anda lihat gambar-gambar di atas, ada yang Abil tulis dengan bantuan pembaris, ada yang tidak. Anda boleh lihat sendiri perbezaannya. Untuk pengetahuan, sekarang ini, dia sudah boleh tulis di atas garisan (tanpa bantuan pembaris). Bagus anak mak! Lepas ni nak re-size tulisannya, biar secomel orangnya (hehe).

Moralnya, kalau anda mahu anak anda mahir sesuatu (apa-apa perkara pun), setkan misi dan visi. Kemudian, latih, latih dan latih sampai letih! (hehe) Sampai misi tercapai lah. Oh ya, doa pun mesti berbakul-bakul. Ingat, Practise Make Perfect!

Dah habis. Jangan lupa jengah lagi!

4 comments:

Sitisifir10 said...

Wah..kira lawa la tu tulisan Abil.. saya skang tgh pulun ajar Uwaiys menulis.. hukhuk.. susah nak ajar dia banding dengan abang kakaknya hehehe.. sbb dia adalah sangat playful

Syahida said...

ala2 tulisan doktor gitu...hehe..boleh tahan la, tapi boleh improve lagi. bdak2 yg playful ni, mmg kena pandai tackle...pelan2 kayuh yek!

norazlina said...

Tahniah abil dan kak syida... Ina pun baru nie terkejut (beruks) bila ammar mengeja,mcm tak percaya. Aritu dia eja apple, so rasa maybe dia dia ajar di tadika...tup2 baru2 nie dia eja nama restoran, PATANI...Ternganga mamam dia. Tak menyangka potensi anak. Nie pun kena folo cara kak syida...menulis ikut dot...dot... Boleh share.. ;)

Syahida said...

go ammar go! bebudak ni bijak sbnrnya..BANYAK potensi, kita je kna pandai gali...cari la buku dot dot kat kedai buku. rasanya kalau gugel pun leh jumpa, print jek ;)